Skuad B-23 mudah tundukkan India bukti Arif Aiman boleh fokus perkuat Harimau Malaya


  • Podium
  • Sabtu, 23 Mac 2024

Arif Aiman boleh dikategorikan sebagai salah seorang tonggak dalam Harimau Malaya ketika ini. — Facebook/FAM

SEBAGAI persiapan menjelang kempen Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) pada April, beberapa siri perlawanan persahabatan mula ditempuhi skuad muda negara.

Perancangan itu dibuat bagi memastikan anak-anak buah Juan Torres Garrido berada di tahap terbaik dari segi kecergasan dan hubungan antara satu sama lain.

Jadual aksi persahabatan mereka dimulakan dengan aksi bertemu skuad B-23 India pada Jumaat yang diadakan di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

Kemenangan 2-1 mudah direkodkan Harimau Muda dalam perlawanan tertutup itu dengan gol pasukan negara dijaringkan T Saravanan dan Alif Zikri.

Meskipun India cuba merapatkan jurang menerusi gol Chingangbam Shivaldo Singh pada minit ke-77, kesungguhan Harimau Muda sehingga wisel penamat ditiup membantu mereka mencetak kejayaan.

BACA LAGI: Arif Aiman bersaing dengan bintang PSG, wonderkid Jepun rebut gelaran Future Stars Asia

433531899_1117064196033482_2166950839210312673_n

Kemenangan ke atas India itu pasti meyuntik semangat dalam skuad muda negara. Facebook/FAM

Keputusan itu turut membuatkan rata-rata penyokong bola sepak tanah air berbangga selain optimis akan kemampuan mereka dalam saingan Piala Asia B-23 nanti.

Malah, kemenangan berkenaan membuatkan segelintir daripada peminat berasakan Harimau Muda tidak memerlukan khidmat pemain sayap, Arif Aiman Hanapi.

Pandangan itu timbul selepas penyerang terbabit menjadi rebutan antara pasukan senior dan B-23 negara melihat kepada usia dan prestasi semasanya.

"Jadi, tidak perlu pun panggil Arif Aiman kan? Percayalah, pasukan negara banyak ubi berbakat, tetapi ramai yang kurang menyerlah apabila meningkat dewasa.

"Arif Aiman boleh dibiarkan dengan skuad senior, tidak perlu dipanggil. Beri peluang buat prospek B-23 yang lain," kata Luqman Al-haqim.

BACA LAGI: Dapat slot Olimpik sekalipun Harimau Muda tak akan panggil Arif Aiman

433975787_1116571489416086_4225232147763647477_n

Arif Aiman (kanan) ketika diturunkan dalam aksi berdepan Oman pada Jumaat. Facebook/FAM

Perdebatan itu bukanlah sesuatu yang baharu apabila terdapat segelintir penyokong yang mahu pemain berusia 21 tahun tersebut beraksi buat skuad muda negara.

Tetapi, pandangan berkenaan ditolak pelbagai pihak lain yang beranggapan kualiti penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) berkenaan lebih sesuai untuk Harimau Malaya.

Ketika ini, Arif sedang membantu skuad kebangsaan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan dia turut tampil ketika negara tewas di tangan Oman pada Jumaat.

Harimau Muda bakal berdepan India sekali lagi pada Isnin sebelum bertemu China (3 April) dan Qatar (6 April) dengan kesemua perlawanan itu merupakan aksi persahabatan antarabangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram