Bek Selangor kongsi perbezaan corak latihan Pan-gon, Juan Torres


  • Podium
  • Jumaat, 22 Mac 2024

Zikri Khalili antara pemain muda yang sedang meningkat naik. — Facebook/FAM

PEMAIN pertahanan pasukan Bawah 23 tahun (B-23) negara, Ahmad Zikri Khalili bimbang kekurangan perlawanan akan menjejaskan kecergasan pemain untuk memberi impak dalam Piala Asia Bawah 23 AFC di Qatar.

Malaysia akan menentang India dalam dua perlawanan persahabatan pada Jumaat dan Isnin di Kuala Lumpur dan setelah itu, Harimau Malaya B-23 akan terbang ke Qatar bagi menentang China dan Qatar.

Piala Asia B-23 secara rasminya membuka tirainya pada 15 April dan dua hari kemudian Malaysia bakal menentang Uzbekistan dalam kempen pembukaan Kumpulan D. Kemudiannya, akan menentang Vietnam pada 20 April dan diikuti Kuwait pada 23 April.

Namun, dengan saingan Liga Super domestik bermula Mei ini, timbul persoalan sama ada pemain dalam skuad Harimau Muda boleh mencapai kecergasan di tahap maksimum menjelang kejohanan di Doha.

Zikri Khalili berkata, kesemua pemain berada dalam keadaan baik kerana mereka telah menjalani latihan sepanjang bulan Ramadan.

BACA LAGI: Idea cari seri makan diri, Pan-gon akui level fitnes kurang tapi enggan jadikan alasan

WhatsApp Image 2024-03-22 at 14.50.13

Juan Torres dilantik secara rasmi sebagai pengendali B-23 pada Oktober 2023. — Facebook/FAM

BACA LAGI: Zainal Abidin petik 2 pencabar JDT, enggan nilai kualiti import baharu Harimau Selatan terlalu awal

“Saya rasa semua pemain semakin baik dengan latihan selepas beberapa hari berpuasa Ramadan.

“Satu-satunya kebimbangan kami ialah tahap kecergasan. Kami cuba meningkatkan tahap intensiti dalam latihan. Liga sedang berehat panjang dan kami cuba menyesuaikan diri dengan Ramadan.

“Bagi saya sendiri, saya sudah berlatih dengan skuad senior negara, jadi tiada masalah untuk saya kekalkan kecergasan tetapi beberapa rakan sepasukan yang lain tidak berada pada tahap kecergasan yang sama,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

Tonggak Selangor FC itu menjelaskan, dia bertuah kerana berpeluang berlatih bersama skuad senior di bawah kendalian Kim Pan-gon.

“Terdapat perbezaan antara skuad senior dan B-23 tahun kerana kedua-duanya bermain di tahap berbeza tetapi tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan latihan di bawah jurulatih B-23 tahun (Juan Torres Garrido)," kongsinya.

Piala Asia B-23 tahun membawa maksud penting kepada Malaysia kerana ia merupakan kejohanan kelayakan Asia untuk Sukan Olimpik Paris. Tiga pasukan teratas di Doha akan layak atas merit ke Sukan Olimpik Paris.

Satu lagi slot untuk Asia akan ditentukan melalui play-off dengan menentang Guinea dari benua Afrika. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram