Presiden FAM pernah tak minat dengan pemain naturalisasi


  • Podium
  • Jumaat, 22 Mac 2024

Romel Morales (kanan) antara pemain naturalisasi skuad Harimau Malaya. — Facebook/FAM

KEHADIRAN pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan ternyata memberikan kelebihan buat Harimau Malaya untuk kekal bersaing di pentas Asia tanpa mengira kedudukan ranking negara.

Sejak diperkenalkan pada 2018, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memanggil sebanyak lapan pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh (Gambia), Guilherme de Paula, Paulo Josue, Endrick dos Santos (Brazil), Liridon Krasniqi (Kosovo), Lee Andrew Tuck (England) dan Sergio Ezequiel Aguero (Argentina).

Sumareh antara pemain naturalisasi yang mendapat kewarganegaraan Malaysia secara naturalisasi pada April 2018.

Perkara tersebut nyata membuahkan hasil apabila Malaysia berjaya layak ke saingan Piala Asia.

BACA LAGI: [VIDEO] Dron 'liar' kantoikan situasi semasa padang SNBJ

WhatsApp Image 2024-03-22 at 16.34.56

Romel Morales (kanan) antara pemain naturalisasi skuad Harimau Malaya. — Facebook/FAM

BACA LAGI: Sang Kenari umum senjata baharu, fans pula luah kerisauan

Bagaimanapun, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilaporkan menolak saranan supaya pasukan negara diperkukuhkan dengan pemain naturalisasi.

Ia selepas pengendali skuad kebangsaan ketika itu, Datuk Dollah Salleh berkata, dia terbuka dengan idea pemain kelahiran luar negara yang mempunyai hubungan dengan Malaysia dinaturalisasikan untuk bermain untuk negara.

Bagaimanapun, idea tersebut tidak disenangi oleh bekas Yang di-Pertuan Agong itu yang mempersoalkan sama ada negara ini telah mencapai tahap yang tidak mempunyai bakat lagi.

"Adakah kita benar-benar memerlukan pemain import dan adakah kita ketandusan pemain tempatan yang bagus?," katanya dalam The Star bertarikh 24 Mac 2015.

Selepas sembilan tahun, Harimau Malaya masih diperkuatkan dengan pemain naturalisasi.

Terbaharu, Malaysia menerima seorang lagi pemain naturalisasi iaitu Romel Morales yang beraksi bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram