DALAM misi kekal relevan dalam saingan Liga Super, Kelantan Darul Naim (KDN) FC membawa masuk beberapa nama baharu untuk meningkatkan kualiti pasukan berbanding musim lalu.
Meskipun hanya membawa masuk pemain yang sering disisihkan, ada di antara mereka yang memiliki kemampuan untuk membawa skuad Kijang Hijau ke tahap lebih tinggi.
Faiz Nasir dan Fazrul Amir Zaman yang mampu beraksi di posisi sayap merupakan dua nama berprofil tinggi sehingga pengumuman mereka menerima respons cukup baik.
Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan rekrut KDN FC yang menimbulkan tanda tanya kerana kemampuan masing-masing di kelab terdahulu kadang-kala mengecewakan.
BACA LAGI: Kelihatan di samping 'adik King Myvi' di Terengganu, ramai ingat Dion Cools rupanya Manuel Ott
Zuasyraf diumumkan sebagai rekrut baharu skuad Kijang Emas bagi saingan musim depan. — Facebook/Kelantan United
Salah seorang daripadanya ialah pemain tengah daripada Terengganu FC, Zuasyraf Zulkiefle yang diumumkan kehadirannya secara pinjaman pada Sabtu.
Dia yang hanya merekodkan 13 penampilan bersama skuad Sang Penyu sering dikritik kerana sukar mengawal tekanan dan gaya permainannya yang sering kurang membantu pasukan.
Jadi, tidak hairanlah apabila finalis Piala Malaysia 2023 itu sanggup melepaskannya untuk memberi ruang buat pemain dengan kualiti tersendiri musim depan.
Keputusan terbabit turut menerima 'respons baik' daripada penyokong Terengganu FC yang seakan-akan terbuka sekiranya Zuasyraf dilepaskan secara kekal.
BACA LAGI: Jangan ulangi kesilapan Terengganu, KDN FC tak perlu cabar TRW untuk jadi kelab 'terpaling' Kelantan
Zuasyraf kini sudah turun dalam sesi latihan bersama skuad Kijang Emas. — Facebook/Kelantan United FC
"Alhamdulillah, akhirnya lama sudah tunggu. Terima kasih KDN kerana membawa masuk 'pakar hantaran ke belakang' dari Terengganu FC ni," kata Emangg Jerrw secara sinis.
"Berikan terus kepada KDN FC pun tidak mengapa. Pakar taktikal dalam mengelirukan musuh sehinggakan pasukan sendiri pun terkeliru," komen Encik Fahmi Emiey.
"Bagus-bagus, saya sangat menyokong, patutnya dari tahun lepas lagi dia pergi, ini untuk kebaikan penyokong. Terima kasih banyak kepada KDN FC. Seeloknya dia kekal terus buat selamanya," kata Azamuddin Nasri Zahari.
Selain pernah beraksi buat skuad utama, Zuasyraf juga pernah diletakkan dalam Terengganu FC II beberapa kali demi memberikannya minit permainan.
Namun, dia masih belum dapat mendapatkan rentak permainan terbaik apabila sering kehilangan bola dan tidak berada di posisi terbaik untuk merangka serangan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram