Ejen kongsi coach Korea Selatan sudah tiba, dikait ke 'gergasi' Lembah Klang


  • Podium
  • Jumaat, 15 Mac 2024

Pengendali Korea Selatan itu dikaitkan akan ke pasukan Lembah Klang. — Facebook/Selangor

SAHAM pengendali Korea Selatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini semakin meningkat dalam pasaran Asia Tenggara terutama selepas beberapa jurulatih negara berkenaan berhasil memberi keputusan postif dalam membimbing pasukan di rantau ini.

Jurulatih seperti Park Hang-seo (bekas jurulatih Vietnam), Shin Tae-yong (pengendali Indonesia) dan Kim Pan-gon yang kini membimbing skuad kebangsaan masing-masing berhasil mencapai sasaran ditetapkan.

Prestasi konsisten diberikan tiga jurulatih itu secara tidak langsung membuka pintu rezeki kepada pengendali Korea Selatan lain untuk mendapat kepercayaan membimbing sebuah pasukan negara mahupun kelab.

Malah, seorang jurulatih dari negara republik berkenaan juga difahamkan sudah dirisik oleh sebuah kelab berpangkalan di Liga Malaysia (Liga M) dan bakal diperkenalkan dalam masa terdekat ini.

BACA LAGI: Sambar penyerang Liga M3, anak jati bukan 'cokia' buka mata Kedah serata-rata

WhatsApp Image 2024-03-15 at 15.27.11 (1)

Tangkap layar Insta Story dari Myeongho.

BACA LAGI: Lepas sambar Khatul dari Penang, ada pula mahu lihat KDN rekrut bintang terperap Kedah

Perkembangan berkenaan dikongsikan oleh ejen terkenal Asia, Myeongho Jeong yang sebelum ini memang sinonim membawa pemain dan jurulatih dari Korea Selatan ke Liga M dan antaranya ialah bekas pengendali Kelantan FC, Choi Moon-sik.

"Tidak lama lagi jurulatih Korea Selatan akan ditandatangani," tulisnya menerusi Insta Story peribadinya pada Khamis.

Menjengah kembali laman Insta Story Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JMH Sports Agency itu, Myeongho memaklumkan bahawa jurulatih tersebut sudah tiba di Malaysia sambil meletakkan lokasi Kuala Lumpur pada foto berkenaan.

Kehadiran jurulatih yang masih enggan didedahkan identitinya itu membuatkan penyokong Liga M menimbulkan spekulasi bahawa Selangor FC atau Kuala Lumpur City FC antara destinasi pengendali Korea Selatan itu.

Namun, antara dua pasukan Lembah Klang tersebut, skuad Gergasi Merah yang sehingga kini tidak mempunyai jurulatih berpotensi merekrut pengendali dari Korea Selatan berkenaan.

Bukan itu sahaja, Selangor juga pernah menunjukkan minat untuk menandatangani pengendali Korea Selatan, Park Hang-seo bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan Tan Cheng Hoe. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram