[VIDEO] Kembali tular selepas 4 tahun, masih ramai tak tahu beza berus lukisan bulu khinzir dan sintetik


  • Massa
  • Sabtu, 16 Mac 2024

Tangkap layar video memaparkan label jenis bulu khinzir dan logo halal berus lukisan yang disembunyikan di sebalik pelekat.

SIKAP penjual yang tidak bertanggungjawab dan sensitif dalam menjalankan perniagaannya akan memberi kesan buruk kepada para pelanggan.

Sama seperti kejadian yang tular sejak Jumaat melibatkan seorang pelanggan secara tidak sengaja membeli berus lukisan dipercayai diperbuat daripada bulu khinzir di sebuah premis ketika mahu membelikan peralatan sekolah untuk anaknya di Johor.

Begitupun, ia sebenarnya video lama yang pernah tular pada 2020 dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor ketika itu menegaskan, hasil siasatan mendapati ia bukan bulu khinzir, sebaliknya jenis polimer.

BACA LAGI: 'Cikgu atau pelajar lagi penting?', isu guru kongsi meja, kerusi di sekolah 2 sesi tidak terlalu berat — NUTP

BACA LAGI: KPM tanggani isu kesesakan, bina sekolah baharu 36 bilik darjah di Cyberjaya

Lebih membangkitkan kemarahan apabila label jenis bulu haiwan dan logo halal disembunyikan sehingga menjadi punca individu berkenaan membeli tanpa mengetahui bahan kandungan sebenar.

Dalam video tersebut, dia dilihat membuka pelekat yang ditampal di bahagian belakang sebelum membiarkan ia digunakan untuk anaknya.

Bukan itu sahaja, rata-rata warga maya tidak berpuas hati dengan tindakan penjual kerana dianggap sebagai perbuatan menipu dan menganiaya pelanggan.

Selain itu, ada juga warganet yang memberikan peringatan dengan cara membezakan bulu sintetik (buatan) dengan bulu khinzir untuk orang ramai lebih berwaspada sebelum membeli.

"Kalau beli berus lukisan untuk anak-anak periksa dahulu, kalau boleh beli yang berus bulu sintetik," saran Norjanah Ismail.

Ini antara cara terbaik dicadangkan untuk membezakan berus lukisan bulu khinzir dan berus lukisan bulu sintetik ialah melalui pemerhatian ciri-ciri berikut:

1. Sentuhan: Berus lukisan bulu khinzir cenderung untuk lebih lembut dan halus apabila disentuh, sementara berus lukisan bulu sintetik mungkin terasa sedikit kasar atau lebih tegang.

2. Pandangan: Bulu khinzir asli sering kali mempunyai hujung yang lebih tajam dan runcing berbanding dengan bulu sintetik yang mungkin kelihatan lebih lembut dan kurang runcing.

3. Kelenturan: Berus lukisan bulu sintetik cenderung untuk lebih elastik dan fleksibel berbanding dengan berus lukisan bulu khinzir yang mungkin lebih kaku dan tidak begitu mudah ditekuk.

4. Reaksi terhadap air: Bulu sintetik tidak menyerap air seperti bulu khinzir. Anda boleh mengujinya dengan meletakkan beberapa titik air pada bulu berus. Jika air cepat meresap, mungkin itu adalah bulu khinzir.

5. Pemeriksaan bahan: Jika mungkin, periksa label atau maklumat bahan pada pembungkus atau pada berus itu sendiri. Berus lukisan bulu sintetik biasanya dinyatakan sebagai 'sintetik' atau 'dibuat daripada bahan sintetik'. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram