SEORANG pemilik rumah disyaki kerugian ribuan ringgit setelah rumahnya dipecah masuk pencuri di Taman Kempas dekat Sungai Petani, Kedah baru-baru.
Pemilik yang tidak didedahkan namanya itu turut berkongsi berkongsi beberapa video dan gambar yang memaparkan keadaan rumahnya selepas kejadian itu di aplikasi Telegram Penduduk Sungai Petani (PSP) pada Selasa.
Namun tidak dinyatakan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.
Menurutnya mangsa, rumahnya dipecah masuk pada waktu tengah hari dan tiada siapa yang berada di rumah pada ketika itu.
"Rumah saya dimasuki pencuri tengah hari semalam, waktu semua orang bekerja.
"Dia (penyamun) ambil semua kamera litar tertutup (CCTV) dan termasuk Unifi. Habis fius dekat dinding dia cabut dan bakar," tulisnya tanpa menyatakan jumlah suspek yang terlibat dalam kejadian itu.
BACA LAGI : [VIDEO] Air rendaman ayat ruqyah dalam kertas boleh diminum asalkan tidak memudaratkan — Mufti
BACA LAGI : [VIDEO] 'Mesti lepas ni orang Simpang Pulai manis-manis je', ramai hentam komen tak sensitif warga TikTok
Tambahnya lagi, dia bernasib baik tidak kehilangan barang berharga yang lain apabila kehadiran pencuri tersebut disedari jirannya.
"Mujur jiran nampak. Dia hanya sempat geledah dua bilik anak sahaja. Dia masuk ikut tingkap.
"Kawasan Taman Kempas berhampiran SRJK Tai Tong. Minta semua penduduk waspada terutama semasa meninggalkan rumah pergi kerja.
"Ini kes ketiga dalam masa dua minggu. Disyaki orang yang sama pecah masuk," katanya.
Difahamkan, mangsa telah membuat repot polis dan kes masih dalam siasatan.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram