[VIDEO] KPM tangani isu kesesakan, bina sekolah baharu 36 bilik darjah di Cyberjaya


  • Primer
  • Jumaat, 15 Mac 2024

Tangkap layar video memaparkan dewan SK Cyberjaya, Selangor yang didakwa menerima kemasukan murid berlebihan.

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) dalam usaha menangani isu kesesakan pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya, Selangor.

Isu yang sedang ditangani itu adalah melalui beberapa langkah termasuk penyuraian pelajar dan pembinaan SK Cyberjaya (2) baharu yang dijangka siap menjelang 2028.

BACA LAGI : Perginya pada Jumaat, bulan Ramadan, ibu imam masjid maut dalam perjalanan nak solat subuh di Merbau Pulas

BACA LAGI : Kantin sekolah tetap beroperasi sepanjang Ramadan untuk murid bukan Muslim

KPM juga mengumumkan, ia sebagai penyelesaian jangka panjang selepas projek SK Cyberjaya (2) yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Rolling Plan Ketiga (RP3) telah diluluskan dan kini dalam proses perolehan.

"Sekolah baharu itu akan mempunyai 36 bilik darjah dan kemudahan lain mengikut konsep reka bentuk dan binaan bagi mempercepatkan proses pembinaan. SK Cyberjaya (2) dijangka siap menjelang tahun 2028," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada masa sama, penyelesaian jangka pendek yang sedang dilaksanakan itu dikatakan termasuk penyuraian murid Tahun 1 ke beberapa buah sekolah yang berdekatan serta meluluskan pembinaan kabin 12 buah bilik darjah tambahan.

“Ini termasuk menerusi pembinaan sekolah menengah baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cyberjaya 2 yang akan dimohon dalam RMKe-13 RP1 Tahun 2026 pada tahun ini.

“Dan perolehan tanah bagi pembinaan SK Cyberjaya (3) yang akan dimohon dalam RMKe-13 RP2 Tahun 2027 pada tahun 2025.

“KPM sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan murid, guru dan semua warga sekolah di seluruh negara. Pendidikan manusiawi memastikan akses pendidikan terbaik untuk semua murid,” katanya.

Tindakan KPM itu juga dilakukan susulan tularnya sebuah video di media sosial yang mendakwa SK Cyberjaya yang mempunyai 13 kelas Tahun 1 terpaksa memuatkan 50 pelajar dalam satu bilik darjah kerana lebihan permohonan dan kekurangan ruang pembelajaran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram