PENYANYI genre folk rock Malaysia, Azmyl Yunor mendedahkan pengalamannya tidak dibayar selepas melangsungkan persembahan meskipun telah membuat perjanjian bersama penganjur program.
Lebih memedihkan, Azmyl Yunor berkata, pengalaman itu tidak hanya dirasai sekali saja, tetapi berkali-kali.
"Lazim berlaku, bila penganjur kata nak bayar tetapi bila dah main gig minta untuk bayar tetapi tiada apa-apa pembayaran," katanya kepada Majoriti.
Ditanya sama perkara itu diadukan ke pihak berwajib, Azmyl memberitahu bahawa dia reda dan tidak mahu memanjangkan isu tersebut.
BACA LAGI: Pekak dan bisu tak halang Anne berkarya sebagai pereka grafik di Ascott Malaysia
Azmyl terkenal sebagai penyanyi yang banyak mendendangkan lagu dengan genre folk.
BACA LAGI: 'Jangan sayang sangat', bahaya cili kering berhabuk jika dimasak
Malah Azmyl berkata, pengalaman itu juga tidak mematahkan semangatnya untuk terus berada dalam industri tanah air.
"What doesn't kill you makes you stronger, walaupun berkali-kali rasa pengalaman pahit itu saya tidaklah terus tak nak bernyanyi," katanya.
Azmyl Yunor sebelum ini terkenal dengan karya Something I Wrote, Anak Dara, For Better Days, Flesh dan Bagan Lalang.
Namun, Azmyl turut memohon agar pihak kementerian yang terlibat dalam industri lebih peka tentang isu ini bagi mengelak hal ini turut terjadi kepada penggiat seni yang lain.
"Mesej saya kepada kementerian, anda ada, jadi kita kena pentingkan soal masalah yang terjadi dalam industri," katanya.
Selain itu, selaku penyanyi lama yang bertapak bermula 1999, Azmyl berasa dia perlu menyesuaikan muziknya mengikut perkembangan semasa bagi mendapat sambutan generasi sekarang.
"Zaman dahulu berbeza dengan sekarang. Sekarang adanya digital teknologi dan orang lebih banyak menggunakan media sosial macam TikTok.
"Jadi seseorang penyanyi perlu ada personaliti untuk dikenali," katanya, — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram