Misteri kekuatan Oman bersama jurulatih baharu buatkan HM perlu waspada


  • Podium
  • Isnin, 11 Mac 2024

Harimau Malaya harus waspada bahaya yang bakal diberikan oleh Oman bersama jurulatih baharu. — FAM

LAWAN yang bakal ditentang Malaysia dalam aksi berganda kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Oman sepatutnya sudah boleh diagak bagaimana mereka akan bermain.

Namun begitu, semuanya telah berubah apabila Oman kini mempunyai jurulatih baharu dan ia adalah misteri buat Harimau Malaya.

Sebelum ini, Oman menggunakan khidmat Branko Ivankovic namun dia dilepaskan selepas tidak berjaya membawa negara tersebut mara jauh dalam Piala Asia 2023.

Kini bersama dengan Jaroslav Silhavy dari Republik Czech, Malaysia bakal berdepan dengan kesukaran kerana mereka mempunyai masa singkat untuk mengenali corak permainan dan taktikalnya.

BACA LAGI: Hanya 1 peratus halang Brendan Gan sertai Sri Pahang

FDP41QdWQAER3sS

Jaroslav Silhavy merupakan jurulatih baharu Oman. — Agensi

Situasi itu memaksa para pemain Harimau Malaya untuk meningkatkan tahap waspada mereka agar tidak mudah dibaham oleh Oman dalam dua perlawanan penting itu.

"Kami perlu berwaspada serta bersedia dengan baik untuk perubahan ini (pertukaran jurulatih Oman).

"Kemungkinan untuk berdepan dengan cabaran besar itu ada apabila menentang mereka dan saya pasti kami perlu simpan perkara tersebut dalam kepala untuk dua perlawanan nanti," kata pemain tengah kebangsaan, Stuart Wilkin.

Wilkin yang merupakan antara tunjang bahagian tengah skuad kebangsaan berkata dia mahu meneruskan rentak cemerlangnya pada Piala Asia ke kelayakan Piala Dunia.

BACA LAGI: Saham tengah naik, import baharu Kedah boleh 'padamkan' kenangan indah Hidalgo

432336364_1110434633363105_5993336718911661336_n

Stuart Wilkin mahu teruskan aksi cemerlang di Piala Asia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia. — FAM

Walaupun skuad kini berada dalam keadaan 'berkarat' kerana kurang cergas, tetapi itu tidak menghalangnya tetap memberikan persembahan terbaik di Muscat dan Bukit Jalil.

"Sudah sampai waktu untuk baiki tahap kecergasan dan harapnya kami akan memberikan persembahan terbaik dalam dua perlawanan seterusnya.

"Saya ingin meneruskan prestasi dan saya teruja untuk perlawanan-perlawanan seterusnya. Kami cuma ada cuti yang singkat dan inilah masanya untuk kembali bekerja," ujar Wilkin.

Harimau Malaya akan bermain di Oman terlebih dahulu pada 22 Mac sebelum aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil diadakan empat hari kemudian. — THE STAR/S.SAKTESH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram