ISU melibatkan sistem pendidikan di Malaysia kini dilihat semakin membimbangkan selepas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mendedahkan, lebih 400,000 murid di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mengalami masalah pembelajaran.
Menurut Fadhlina, sebanyak 280,985 murid sekolah rendah (tahun 1 hingga tahun 6) masih belum menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu.
Bagi pelajar sekolah menengah (tingkatan 1 hingga tingkatan 5) pula adalah 154,853 daripadanya belum menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
BACA LAGI : 'Fokus EQ daripada IQ', KPM disaran kaji semula sistem pembelajaran kanak-kanak bawah 7 tahun
Fadhlina menjelaskan lebih 400,000 murid mempunyai masalah pembelajaran di seluruh negara. — The Star
Ia sekali gus menjadikan jumlah pelajar yang menghadapi kesukaran tersebut sebanyak 435,838.
Katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini sudah melaksanakan pelbagai intervensi untuk membantu murid di semua sekolah rendah untuk mengusai kemahiran asas tersebut.
Namun, kemahiran itu sehingga kini masih belum dapat dikuasai sepenuhnya, malah ramai yang mempunyai masalah pembelajaran terutamanya dalam subjek teras.
Perkara itu juga pada masa sama membangkitkan kebimbangan khususnya golongan ibu bapa kerana tidak mahu perkembangan anak mereka terbantut.
BACA LAGI : KPM perlu tambah baik atau kekal kelonggaran pakaian sukan ke sekolah, saran PIBG
Penambahbaikan untuk meningkatkan tahap kemampuan guru perlu dilakukan. — Gambar hiasan
Mengulas lanjut, terdapat beberapa warga maya yang memberi cadangan kepada pihak sekolah untuk menambah baik sistem pembelajaran.
Seorang pengguna Facebook Rajah Thiaga menyarankan agar tindakan sewajarnya dimulakan bermula daripada guru sekolah.
Menurutnya, terlalu ramai guru berkualiti rendah diambil untuk mengajar murid sekolah menjadi punca kepada masalah itu terus berlarutan.
"Terlalu ramai guru gred rendah, sangat lemah mengajar subjek Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Sejarah," katanya.
Disebabkan itu, ada juga yang mencadangkan untuk pihak sekolah memberi penekanan lebih kepada kemampuan para guru.
"Pihak sekolah perlu buat intervensi kepada guru juga bukan kepada murid sahaja. Kursus mengajar untuk guru juga perlu dilakukan dengan lebih kerap," komen Saifullah Abdul.
"Kalau dan 400,000 pelajar ada masalah maksudnya sistem kena diubah. Boleh buat sistem belajar yang bukan lagi berasaskan buku teks semata-mata," cadang Mariah Kari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram