'Kalau semua nak online, mak ayah tak nak hantar anak sekolah ke?'


  • Massa
  • Selasa, 12 Mac 2024

Penjaga atau ibu bapa pelajar seharusnya meluangkan masa melihat sendiri persekitaran anak mereka dan berinteraksi terus bersama guru. — Gambar hiasan

CADANGAN seorang lelaki meminta agar pihak Kementerian Pendidikan (KPM) untuk membuat satu sistem dalam talian bagi sesi permulaan sekolah terutamanya bagi membuat pembayaran yuran persekolahan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pendidik.

Menurut Rano Paimin melalui satu hantaran Facebook Programming Laman Web + UI/UX pada Isnin, cadangan itu akan memudahkan para ibu bapa.

"Tak ada ke sistem untuk pendaftaran dan pembayaran sesi permulaan sekolah?

"Hari hujan, tempat parkir penuh dan trafik pula sesak.

"Sepatutnya dah canggih sistem dalam talian (online) dan semua urusan pembayaran dibuat online.

"Harap Kementerian Pendidikan ambil serius sistem pembayaran sekolah-sekolah di Malaysia.

"Macam serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDoS) sekolah sekarang," tulisnya.

BACA LAGI : [VIDEO] Juruwang mengandung terkilan ditumbuk pelanggan tak sabar sampai mata kiri bengkak di Johor Bahru

1748951

Ada dalam kalangan guru berasakan ibu bapa atau penjaga sepatutnya meluangkan masa melihat anak mereka di sekolah dan berinteraksi dengan guru. — Gambar hiasan

BACA LAGI : [VIDEO] Ulang tahun ke-22 gadis bertukar tragedi, wanita dibunuh 'Tinder date'

Jelasnya lagi, sekiranya inisiatif itu dilaksanakan, sudah tentu ia dapat memudahkan urusan harian dan tidak menyusahkan ibu bapa.

Namun begitu, pandangan lelaki tersebut menimbulkan perasaan kurang senang dalam segelintir guru.

Hal ini kerana, penjaga atau ibu bapa pelajar seharusnya meluangkan masa melihat sendiri persekitaran anak mereka dan berinteraksi terus bersama guru sekolah.

"Semua nak online. Mak ayah tak nak ke berkenalan dengan guru? Tak nak tengok sekolah di bahagian dalam. Jangan tau mengadu sahaja selepas ini, tengok juga prasarana sekolah dan cara-cara guru bekerja," luah Rosman Shafie.

Luahan Rosman itu turut dipersetujui Rusli Achok.

"Apa sahaja urusan sekolah antara ibu bapa dan guru, ia sewajarnya dibuat secara bersemuka.

"Kadang-kadang ada perkara yang kita perlu jelaskan kepada ibu bapa untuk elakkan salah faham atau sangkaan buruk. Apatah lagi melibatkan wang," katanya.

Nur Syuhada Ramli pula berkata, sebagai seorang guru, dia memahami cadangan individu terbabit dari segi kekangan masa dan memaklumkan bahawa ada sekolah yang telah membuat sistem pembayaran online berkenaan.

"Saya pun guru dan ada sekolah dah pun buat sistem bayaran online daripada tadika lagi. Namun, saya lebih suka pergi ke sekolah bersemuka sendiri dengan guru, kerani dan staf kedai buku.

"Senang sekiranya ada sebarang kemusykilan saya suka tanya terus, kedua saya nak kenal siapa-siapa individu-individu yang akan terlibat dalam proses mendidik anak saya.

"Ketiga saya nak tengok sendiri macam mana keadaan rumah kedua-dua anak-anak saya iaitu sekolah, takkan lah sampai anak habis sekolah tapi ibu bapa tak tahu pun kat mana pejabat dan tandas sekolah," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram