'Malaysia macam dah jadi negara polis, kalau tak sehaluan dengan kerajaan mesti kena tindakan'


Saifuddin Nasution (kanan) memaklumkan, siasatan ke atas Kok Seong (kiri) dibuka di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

SATU kertas siasatan terhadap pensyarah dan Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Teo Kok Seong dibuka ekoran kenyataannya berhubung sekolah vernakular baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, siasatan dibuka di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Topik mengenai kewujudan sekolah vernakular di negara kita memang tajuk yang sentiasa dibahaskan sudah berpuluh tahun.

"Ada pandangan pro, kontra, ada kelebihan dan kekurangan, kalau kita nak tengok satu kekuatan di sana, misalnya trend ketika ini ramai pelajar-pelajar Melayu memilih untuk belajar di sekolah vernakular," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada Isnin.

Sebelum ini, Kok Seong menerusi satu rakaman video di TikTok mendakwa bahawa sekolah jenis kebangsaan Cina cenderung menyebarkan sentimen perkauman terhadap golongan Melayu.

Rentetan itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggesa pihak polis menyiasat Kok Seong berhubung pandangan yang disuarakan.

BACA LAGI : [VIDEO] Lepas Jakarta dikecam, TikToker Indonesia mula misi balas dendam 'serang' KL

Pupils leaving from SJK (C) Puay Chai Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Puay Chai during last day of school before Chinese New Year's.  (FEB 7 2024) — ART CHEN/The Star

Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah.

BACA LAGI : [VIDEO] Belum sempat nak 'blow' rambut, 'hair dryer' tiba-tiba meletup sambar muka pelanggan

Pembukaan kertas siasatan itu bagaimanapun kurang disenangi oleh segelintir masyarakat.

Seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Rizal Wazir berpendapat bahawa kebebasan rakyat Malaysia untuk bersuara seolah-olah disekat pihak berkuasa.

Katanya, bukan hanya rakyat yang tidak mempunyai pangkat, malah golongan cerdik pandai juga sudah mula tidak dibenarkan untuk menyuarakan pandangan masing-masing.

"Orang itu (Kok Seong) bagi pandangan berdasarkan ilmu dan pengetahuan bukan macam ahli politik sembang deras merapu atas pentas, nak sanggah kenalah berpandu pada ilmu, kata kebebasan suara.

"Ini dah jadi macam negara polis, (jika) tidak sehaluan pelaku akan dikenakan tindakan," tulisnya menerusi satu ruangan komen di Facebook.

WhatsApp Image 2024-03-12 at 12.39.11

Tangkap layar beberapa pandangan yang diutarakan warga maya berhubung kenyataan Kok Seong.

Sementara itu, Barawi Awie turut mempersoalkan sama ada tindakan individu yang memberikan buah fikiran tentang sesuatu isu dalam negara ini sudah dianggap sebagai satu kesalahan.

"Itu adalah pandangan dan pendapat seorang ilmuan yang berpengalaman, Mengapa pula perkara sedemikian dianggap sebagai satu kesalahan?

"Janganlah bila ada kuasa nak menunjukkan kita berkuasa ke atas apa saja.

"Perlu diingatkan bahawa kita tidak kekal berkuasa buat selamanya dan jangan lupa sejarah pelantikan sendiri dalam mendapat jawatan dan kuasa yang ada," jelasnya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Ismail Husain mendakwa langkah mengekalkan sekolah vernakular didakwa sebagai salah satu agenda politik parti tertentu.

"Kebanyakan ahli akademik setuju kalau sekolah vernakular dihapuskan untuk penyatuan semua bangsa Malaysia, tapi apakan daya ahli politik pasti akan membantah demi sokongan undi pilihan raya," luahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram