PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memanggil 17 pemain bagi menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya Bawah 23 tahun (B-23) bermula Ahad ini sebagai persediaan ke saingan Piala Asia B-23 di Qatar pada bulan depan.
Selain 17 orang pemain berkenaan, skuad B-23 negara juga akan disertai 11 pemain lain yang ketika ini sedang menjalani kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon sejak 8 Mac lalu.
"Mana-mana pemain itu yang tidak berada dalam skuad akhir untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bertemu Oman akan dilepaskan untuk menyertai kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan," memetik kenyataan FAM pada Selasa.
Antara nama tumpuan dipanggil ke skuad kendalian Juan Torres Garrido ialah dua pemain yang berkelana di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin bersama Yokohama SCC dan Annil Vigneswaran, merupakan pemain akademi Waldhof Mannheim di Jerman.
Dalam pada itu, seramai 16 pemain yang terdiri dari pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Perak FC, Terengganu FC, Kedah Darul Aman FC, Kuching City, Negeri Sembilan, Penang FC dan Sabah FC juga diletakkan dalam senarai bersedia sekiranya terdapat perubahan.
BACA LAGI: Pemain akademi Jerman dipanggil Juan Torres tapi fans idam permata Perak dapat peluang ke skuad B-23
16 pemain yang berada dalam senarai bersedia Harimau Malaya B-23.
BACA LAGI: ‘Kami dari masa depan’, belum turun padang tapi ramai ramal import Kedah tunggu masa ke JDT
16 pemain dalam senarai bersedia itu, nama Muhammad Danish Syamer Tajuddin menjadi sorotan penyokong apabila bekas pemenang kasut emas Piala Presiden 2023 berkenaan sudah secara rasminya menjadi pemain JDT II.
Danish Syamer sebelum ini pernah dikaitkan dengan Harimau Selatan apabila dia cemerlang membantu skuad muda Negeri Sembilan dan menjadi penjaring terbanyak Piala Presiden 2023 dengan 13 gol.
Perpindahan ke kem Harimau Selatan ibarat sirih pulang ke gagang susulan penyerang berusia 20 tahun itu merupakan anak jati Muar, Johor dan graduan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Kota Tinggi.
Keputusan menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia itu juga pastinya membantu memperbaiki kemahiran teknikal Danish Syamer dengan latihan intensiti tinggi JDT dan fasiliti yang disediakan pasukan Selatan tanah air itu.
Sekiranya Danish Syamer konsisten dengan prestasinya bersama JDT II, jangan pelik jika pemain muda itu akan berpeluang menembusi skuad utama dan dipilih menyarung jersi Harimau Malaya pada suatu hari nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram