'Fokus EQ daripada IQ', KPM disaran kaji semula sistem pembelajaran kanak-kanak bawah 7 tahun


  • Massa
  • Jumaat, 05 Jan 2024

Sistem pendidikan awal kanak-kanak yang dikatakan perlu dikaji semula dan perlu lebih fokus kepada EQ daripada IQ. — Gambar hiasan/Agensi

AGENDA memupuk sistem Pendidikan Manusiawi yang menekankan pelajar terutamanya kanak-kanak bagi menyesuaikan diri dengan baik, bermoral dan menjadi penyumbang kepada pertumbuhan negara sememangnya telah diutarakan dalam Belanjawan 2024.

Ia sekali gus dapat digunakan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti dalam kalangan kanak-kanak.

Terdahulu, Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan bahawa sistem pendidikan tersebut akan dilakukan secara menyeluruh termasuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).

BACA LAGI: KPM perlu tambah baik atau kekal kelonggaran pakaian sukan ke sekolah, saran PIBG

Namun bagi rakyat, KPM turut disarankan untuk mengkaji semula sistem pendidikan awal kanak-kanak terutamanya mereka yang berumur tujuh tahun ke bawah.

photo_6105004563829471316_x

Sistem EQ yang perlu diterapkan lebih dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Hal ini kerana, ada yang menyifatkan bahawa sistem pembelajaran bermoral atau dipanggil sebagai EQ (kecerdasan emosi) seharusnya lebih ditekankan kepada kanak-kanak seawal dua tahun ke atas.

Mengulas lanjut berhubung isu tersebut, pengguna akaun Facebook Mimi Rozmiza Rozman mendakwa, sistem 3M iaitu membaca, menulis dan mengira tidak perlu difokuskan sehingga umur kanak-kanak mencecah tujuh tahun.

"Kesian dunia kanak-kanak. Ibu bapa fokus IQ (kecerdasan minda), dua tahun dah kena pandai ABC, tiga tahun dah kena pandai membaca.

"KPM kena tengok balik isu ini. EQ anak jadi rendah, automatik membantutkan segalanya," tulisnya.

BACA LAGI: 'Prestasi kena ada peningkatan', PM Anwar minta KPM, KPT tumpu tingkat mutu pendidikan negara

Pada masa sama, dia berkata bahawa IQ anak akan berkembang sendiri apabila sudah berusia tujuh tahun dan perkembangan EQ adalah sangat perlu diambil kira.

"Wujudnya anak tanpa empati terhadap orang lain adalah kerana EQ yang rendah," katanya lagi.

Bukan itu sahaja, sistem pembelajaran di Sekolah Kebangsaan juga dikatakan terlampau fokus mengejar IQ tetapi tidak sejajar langsung dengan pembentukan EQ.

Pada masa sama, ada segelintir ibu bapa yang turut berkongsi pendapat berbeza dengan mengatakan ujian IQ yang dilakukan terhadap kanak-kanak seawal usia enam tahun hanya perkara asas.

"Jika ada pun hanya ujian asas membaca, mengira dan menulis sahaja untuk tahu anak kita berada di tahap mana," komen Wawa Halim.

"Alhamdulillah anak saya dah kuasai 3M, itu pun santai-santai sahaja tak tekan sangat," tulis June June. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram