Kerap dikopak masa Ramadan: Mana satu lebih praktikal, tabung masjid lutsinar atau QR Code?


  • Massa
  • Selasa, 12 Mac 2024

Kejadian mencuri tabung yang semakin membimbangkan lebih-lebih lagi ketika Ramadan. — Twitter

TIBA sudah bulan Ramadan mulia, namun kegiatan jenayah dilihat semakin berleluasa terutamanya kecurian.

Jika sebut sahaja tentang Ramadan, masjid menjadi antara lokasi yang sinonim dengan bulan tersebut yang memerlukan umat Islam untuk ke rumah ibadat selepas berbuka puasa.

Meskipun begitu, terdapat juga kejadian kurang menyenangkan yang sering berlaku khususnya di masjid dan surau.

BACA LAGI: Juruwang mengandung terkilan ditumbuk pelanggan sampai mata kiri bengkak di Johor Bahru

GIRwNCoacAAQTQO

Sebuah tabung masjid yang terkopak angkara pencuri

Menerusi satu hantaran dimuat naik di Twitter (X) @acaiiijawa pada Ahad, kes kecurian semakin meningkat setiap kali menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam hantarannya itu, dia berkongsi gambar sebuah tabung masjid yang sudah terkopak dipercayai angkara pencuri.

"Di kampung, setiap kali tiba Ramadan dan Hari Raya mesti kes kecurian bertambah banyak.

"Tabung masjid pun kena kopak semalam. Yang peliknya, masjid blackout (terpadam) sebelum benda ni jadi. Jadi kamera litar tertutup (CCTV) tak dapat capture lihat. Pencuri dah makin advance atau ia kebetulan?," tulisnya.

Menurutnya, perkara itu terjadi bukanlah berpunca daripada keterdesakan atau kesempitan hidup untuk membeli barangan keperluan seperti makanan.

BACA LAGI: 'Sayang akan tunggu', isteri mangsa bot karam di Kapit luah sedih suami belum dijumpai

184240095_2872782116370331_97214165017226101_n

Gerobok Makanan yang disediakan khas bagi individu tidak berkemampuan. — Gambar hiasan/Facebook

Katanya, alasan tersebut bukan menjadi faktor utama kerana masjid di kawasannya sudah menyediakan satu sudut khas dengan pelbagai jenis makanan asas untuk yang tidak berkemampuan.

"Ini bukan sebab takde duit untuk makan. Sebab masjid memang sediakan 'Gerobok Makanan' yang sediakan bekalan makanan asas.

"Ada beras, tepung, gula, kicap dan sebagainya, boleh ambil percuma je kalau diperlukan. Tapi mereka pecahkan tabung juga. Semoga kena tangkap pencuri ni," dakwanya.

Melihat kepada kes tersebut, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi tidak kurang juga yang mencadangkan beberapa tip untuk pihak pengurusan masjid.

Mengulas lanjut, pengguna akaun @JulLFC menyarankan agar pihak masjid mengurangkan tabung fizikal sebaliknya, menggunakan pautan secara dalam talian.

"Rasanya masjid dah boleh kurangkan tabung fizikal. Letak pengimbas QR dan kod bar sahaja bagi sesiapa yang nak derma. Selamat, terus masuk akaun, tak perlu nak kira duit dan ada audit trail. Kurangkan derma tunai," cadangnya.

28379582_1386095734830096_1676300618289835312_n

Tabung lutsinar yang dicadangkan untuk mengatasi masalah tersebut. — Facebook

Tetapi, cadangan tersebut dikatakan tidak sesuai dan terpakai kepada semua orang kerana masih ada yang mahu memberi sumbangan secara fizikal.

"Memang jumlah tabung dah dikurangkan separuh dari beberapa tahun lepas. QR ada di semua tiang dan tempat keluar. Tapi masih ramai suka masukkan duit dalam tabung juga. Ribuan juga seminggu dalam tabung ni bila kira," balas @acaiiijawa.

Ada juga yang mencadangkan untuk pihak masjid melakukan kawalan rapi dan strategi baharu bagi mengawasi jumlah wang sumbangan di dalam tabung.

"Buat proper control kira jumlah dalam tabung, sediakan buku nota atau senarai pengiraan melalui Microsoft Excel, setiap hari buka tabung buat kutipan.

"Baru selamat duit-duit sedekah, sebab tabung letak kunci mangga (padlock) macam ini senang orang nak buka," komen @Atiqah_sapphire.

Manakala, ada juga berkongsi pengalaman terhadap cara masjid lain mengatasi kes sedemikian daripada terus berlarutan.

"Saya pergi ke Kelantan, ada satu masjid ni pakai tabung lutsinar (transparent). Pihak masjid buat kutipan berkala. Jadi, tabung sentiasa kosong dan boleh nampak. Sejak itu, tak pernah ada isu tabung kena pecah," kongsi @httpmorol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram