'Sayang akan tunggu', isteri mangsa bot karam di Kapit luah sedih suami belum dijumpai


  • Massa
  • Isnin, 11 Mac 2024

Anis (kanan) sedih apabila suaminya, Iskandar Zulkarnain (kiri) masih belum ditemukan selepas terlibat tragedi bot karam di Kapit, Kuching, Sarawak pada 7 Mac lalu. — Facebook/Anis

ISTERI kepada salah seorang mangsa bot karam di Kapit, Kuching, Sarawak pada 7 Mac lepas meluahkan rasa hiba dan sedih terhadap kejadian malang menimpa suaminya.

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebooknya, Anis Nur Ezzati pada Ahad, jasad suaminya, Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim, 27, masih belum ditemukan.

BACA LAGI: Konstabel Iskandar, Amerson masih belum timbul, 2 mangsa bot karam di Kapit ditemukan 5km dari lokasi hilang

SUANAGBB1_1710058066

Pasukan SAR yang dikatakan masih menjejaki mangsa bot karam Sungai Batang Baleh. — JBPM

Lebih memilukan lagi, statusnya itu dikongsikan beberapa hari sebelum menjelang bulan Ramadan pada Selasa ini.

"Tak ada rezeki lagi nak jumpa awak hari ini, tapi tak apa, sayang akan tunggu okay Iskandar Zulkarnain.

"Terus doakan syurga saya ya semua. Terima kasih yang tak berhenti berdoa. Hanya ALLAH yang dapat membalas," luahnya.

BACA LAGI: Ramai akui ketagih manis, Kempen Tolak Gula PERKESO 'jentik' hati golongan muda

Terdahulu, dua mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam di Sungai Batang Baleh, Kapit, ditemukan lemas pada Sabtu lalu.

Jurucakap Pusat Gerakam Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat pertama, Jack Balan ditemui terapung oleh anggota polis di perairan berdekatan Pulau Kerto, Sibu kira-kira pukul 10 pagi.

Mayat kedua pula, Sarjan Jonathan Lambet dikatakan kemudiannya ditemui terapung oleh anggota bomba pada pukul 4.02 petang kira-kira lima kilometer dari lokasi bot karam di Sungai Batang Baleh pada hari sama.

Manakala, seorang lagi mayat mangsa, Amerson John Nain ditemui terapung di Sungai Batang Lebaan, Sibu pada Ahad.

Dalam kejadian itu, bot tersebut dinaiki lima individu karam di Sungai Batang Baleh berdekatan jeti Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh.

Ketika kejadian, kedua-dua anggota polis itu dalam perjalanan dari Kuching ke Nanga Tulie, Kapit kerana mengiringi bahan letupan seberat 35 kilogram.

Bagaimanapun, seorang mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam, manakala empat lagi hilang dihanyutkan arus deras.

Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Konstabel Iskandar dilaporkan kini masih dilakukan oleh pasukan penyelamat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram