[VIDEO] Warga Rohingya kantoi menyorok tepi pagar lepas curi duit surau di Shah Alam


  • 112
  • Sabtu, 03 Feb 2024

Tangkap layar kejadian dua orang suspek cuba mencuri tabung surau dalam kejadian di Shah Alam pada Selasa lalu.

TINDAKAN dua orang warga asing yang cuba mencuri tabung masjid membawa padah apabila kegiatannya dikesan oleh petugas surau dalam kejadian di Surau Raudhah Al Muttaqin, Shah Alam, Selangor pada Selasa lalu.

Pada awalnya, dua suspek yang dipercayai warga Rohingya menceroboh masuk ke kawasan surau dengan menaiki sebuah motosikal.

Dalam pada itu, pemilik akaun @Surau Raudhah Al Muttaqin berkata, satu isyarat kecemasan daripada kamera litar tertutup (CCTV) telah diterima oleh petugas yang kemudiannya bertindak memerhati kegiatan mencurigakan warga asing itu.

"Dari CCTV, kedua orang ini bukan hendak solat atau tidur. Tetapi sedang menyuluh ke dalam peti besi menggunakan telefon bimbit.

"Suspek telah mengambil duit di dalam tabung ruang solat sebanyak 25 kali," tulisnya.

BACA LAGI: Bapa pelakon Abe Jaa meninggal dunia

Setelah itu, petugas masjid menghubungi Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam bagi mendapatkan bantuan untuk menangkap suspek.

Difahamkan, seramai tiga anggota polis bergegas ke tempat kejadian bagi menangkap kedua suspek.

Panik melihat kehadiran polis, suspek sempat menyorok di tepi pagar longkang sebelum cuba melarikan diri.

Mengulas lanjut, seorang pelaku berjaya ditangkap manakala seorang lagi rakan subahatnya dapat melarikan diri.

Pada Jumaat, suspek didakwa di mahkamah mengikut Akta 380 Kanun Keseksaan dan didenda RM2,000 dan penjara sehari.

Namun, sekiranya tertuduh gagal membayar denda, hukuman penjara selama tiga bulan akan dikenakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram