Umat Islam di Malaysia mula puasa Selasa ini


  • Massa
  • Ahad, 10 Mac 2024

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan Ahad sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadan.

PENYIMPAN Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Selasa ini.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia itu ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas tersebut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Ahad malam.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan 10 Mac ini bersamaan 29 Syaaban 1445H sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia pada tahun ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas Jakarta dikecam, TikToker Indonesia mula misi balas dendam 'serang' KL

Syed Danial Syed Ahmad

BACA LAGI: [VIDEO] 'Makcik jerit tiada siapa berhenti tolong', saksi kongsi kisah getir saat-saat tragedi 'berdarah' stesen minyak Batu Gajah

Majlis Raja-Raja bersetuju cara menetapkan tarikh permulaan puasa itu adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi berbeza di seluruh negara.

Kaedah penetapan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab, seperti dipersetuji Majlis Raja-Raja. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram