[VIDEO] Belum sempat nak 'blow' rambut, 'hair dryer' tiba-tiba meletup sambar muka pelanggan


  • Benua
  • Selasa, 12 Mac 2024

Kejadian bermula apabila Ashraful mahu mengeringkan rambut pelanggannya menggunakan alat pengering rambut.

ALAT pengering rambut boleh meletup jika anda tidak mengambil langkah yang betul untuk mengendalikannya dengan betul.

Begitulah yang terjadi di sebuah kedai gunting rambut di Narayanganj, Kanchpur, Bangladesh, seperti yang dimuat naik di laman X (Twitter) pada Isnin.

Insiden mengejutkan itu dilaporkan berlaku pada Julai 2022, namun ditularkan semula dan menjadi bualan warga maya baru-baru ini.

Menerusi rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan, kejadian bermula apabila seorang tukang gunting rambut, Ashraful Islam mahu mengeringkan rambut pelanggannya yang bernama Hridoy Hasan menggunakan alat pengering rambut.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas Jakarta dikecam, TikToker Indonesia mula misi balas dendam 'serang' KL

BACA LAGI: [VIDEO] Elak jadi mangsa penjenayah, 'modified' kunci dan lanyard antara 5 tip jamin keselamatan wanita

Bagaimanapun, sebaik dihidupkan dan dihalakan ke wajah Hridoy, alat pengering itu tiba-tiba meletup hingga menyebabkan api di kawasan berkenaan merebak dengan cepat.

Malang buat kedua-duanya apabila tubuh mereka dipenuhi dengan api yang marak dalam sekelip mata.

Ashraful dan Hridoy dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu.

Menurut laporan antarabangsa, litar pintas dipercayai menjadi punca tercetusnya kebakaran tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram