[VIDEO] Elak jadi mangsa penjenayah, 'modified' kunci dan lanyard antara 5 tip jamin keselamatan wanita


  • Massa
  • Isnin, 11 Mac 2024

WANITA sering dijadikan sasaran oleh penjenayah kerana dianggap lemah dan mudah diambil kesempatan.

SERING kali kita disajikan dengan laporan berita kaum hawa cenderung menjadi mangsa kes jenayah seperti ragut, rogol dan bunuh.

Golongan tersebut sering dijadikan sasaran oleh penjenayah kerana dianggap lemah dan mudah diambil kesempatan.

Macam-macam perkara boleh terjadi. Lagipun, malang kan tidak berbau.

Sudah tiba masanya golongan wanita mempersiapkan diri dari segala sudut bagi mengelakkan mereka berterusan menjadi mangsa jenayah, seterusnya menangkis tanggapan wanita lemah.

Rentetan daripada itu, seorang pengguna laman X (Twitter) dengan nama akaun @zackthebrawler berkongsi lima tip yang boleh dilakukan oleh golongan berkenaan bagi menjamin keselamatan mereka.

1. Seni pertahankan diri

Tidak rugi untuk seorang wanita mempelajari teknik seni mempertahankan diri, malah ia juga boleh dianggap sebagai satu bonus untuk golongan tersebut pada masa kini.

Jadi apa salahnya jika melabur sedikit wang untuk menyertai latihan.

Dalam masa sama, ia juga berupaya meningkatkan stamina dan kecergasan, menambah baik kecerdasan pertarungan serta membina kekuatan diri.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Makcik jerit tiada siapa berhenti tolong', saksi kongsi kisah getir saat-saat tragedi 'berdarah' stesen minyak Batu Gajah

Seni pertahankan diri

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas Jakarta dikecam, TikToker Indonesia mula misi balas dendam 'serang' KL

2. WhatsApp Live Location

WhatsApp Image 2024-03-10 at 20.18.07

WhatsApp Live Location

Mengaktifkan lokasi anda secara langsung di aplikasi WhatsApp juga mampu membantu sekiranya anda berada dalam kesulitan.

Langkah tersebut juga boleh bermanfaat dalam pelbagai situasi.

Misalnya, jika anda terpaksa pulang lewat malam bersendirian, berjumpa orang baharu atau pergi ke tempat asing, maklumkan kepada ahli keluarga atau rakan terdekat terlebih dahulu.

Kemudian kongsikan keberadaan anda menerusi WhatsApp Live Location.

Atau boleh juga maklumkan secara terperinci jadual pergerakan anda pada hari tertentu kepada invidivu boleh dipercayai.

3. Kunci dan lanyard

Kunci dan lanyard

Kunci dan lanyard

Itu antara taktik baharu yang anda boleh gunakan.

Gunakan kunci dan lanyard sebagai senjata bagi menyelamatkan diri daripada bahaya.

Caranya, gantung sekali kunci dan lanyard supaya ia tidak terjatuh daripada tangan.

Sekiranya anda mula menghidu perkara buruk di sekeliling, ambil dan cucuk sahaja menggunakan kunci tersebut.

4. Penyembur lada

The young woman is defending herself from an attacker. Mixed pair demonstrates using of a pepper spray for self defense. The attacker - a young man, wearing a black jacket and knit cap.

Penyembur lada

Rasanya sudah ramai tahu akan taktik ini.

Penyembur lada bertujuan melumpuhkan penjahat dan melengahkan masa supaya anda boleh melarikan diri ke tempat lebih selamat.

Jangan bimbang, ia tidak akan melukai penjahat yang disembur kerana secara logiknya ia bukan senjata untuk membunuh, jadi tiada masalah untuk membawa penyembur lada bersama.

5. Rantai kunci penggera

Alat ini sangat berfungsi terutamanya pada waktu malam atau di tempat sunyi.

Bunyinya yang kuat boleh mengejutkan orang sekeliling yang berada di kawasan tersebut sekali gus menakutkan penjenayah.

Mendengarkan bunyi kunci penggera itu, pastinya pelaku tidak akan berani mendekati anda. Lagipun tidak mungkin dia mahu menggali kuburnya sendiri, bukan? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram