Dikaitkan ke Sang Penyu, kisah 'transit' Tan Cheng Hoe berulang?


  • Podium
  • Ahad, 10 Mac 2024

Manuel Ott kini dalam radar skuad Sang Penyu bagi membantu bahagian tengah pasukan tersebut musim depan selepas sah meninggalkan Sang Kenari. — Facebook/KDA FC

BARU-BARU ini, nama pemain kebangsaan Filipina, Manual Ott difahamkan berada dalam radar pasukan Terengganu FC (TFC) dalam mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Ia susulan selepas pemain berdarah kacukan Jerman-Filipina itu dilepaskan bekas pasukannya, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) atas permintaan pemain tengah berusia 31 itu sendiri.

Pastinya, kehadiran bekas 'arkitek' skuad Penyu itu penting dalam memacu jentera tengah bersama pemain import kelahiran Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov.

Bagaimanapun, bukan sahaja Manuel Ott namun nama pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools juga difahamkan kini dalam radar pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu.

BACA LAGI: Lepas hilang Manuel Ott, Rizal Ghazali dan Ifwat Akmal boleh jadi calon kapten Sang Kenari

Dion Cools

Kehadiran Cools ke Sang Penyu pastinya dijangka berpotensi untuk mengukuhkan benteng pertahanan pasukan tersebut musim depan. — The Star

BACA LAGI: Harimau Malaya lawan Nepal aksi 'friendly' sebelum ke Oman jadi bahan ketawa fans Indonesia

Khabar angin perpindahan mengejutkan itu dikongsikan dalam segmen Keluar-Masuk yang dibawakan redONE di Nadi Arena pada Sabtu.

"Manuel Ott kembali kuatkan jentera tengah Terengganu dan paling curi tumpuan, nama Dion Cools dikaitkan dengan skuad Peteh," tulisnya di laman X.

Meskipun begitu, belum ada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berkenaan khabar angin perpindahan tersebut.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong tanah air seperti dapat 'menghidu' perancangan masa depan bek tengah Buriram United berkenaan.

"Transit ke Terengganu dulu sebelum ke Johor Darul Takzim (JDT)," dakwa Ameerul Eiman.

"Dah macam bekas coach Selangor FC, transit ke Thailand dulu sebelum ke JDT," dakwa Hishamuddin Asin pula.

"Selamat datang ke Terengganu walaupun hanya sementara," dakwa Adi Adi.

Sebelum ini, nama bekas pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe menjadi bualan hangat selepas mengambil keputusan meninggalkan pasukan tersebut untuk menyertai kelab Thailand, Police Tero FC.

Perpindahan Cheng Hoe ke kelab Thailand itu menimbulkan banyak tanda tanya dan ramai peminat beranggapan bahawa perpindahan Cheng Hoe ke kelab Police Tero itu hanya sebagai 'persinggahan sementara'. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan