TIDAK kurang dari dua bulan lagi sebelum tirai Liga Malaysia (Liga M) dibuka, Selangor FC yang sedang menjalani latihan pramusim di Bangkok, Thailand tampil motivasi baharu, lapor Stadium Astro.
Ini selepas pemain import terbaru mereka tonjol prestasi memberangsangkan dan skuad itu juga berhasil menjaringkan enam gol dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan divisyen kedua Thailand, Samut Prakan City FC.
Namun kejayaan di pramusim bukanlah kayu ukuran kekuatan skuad Gergasi Merah.
BACA LAGI: [VIDEO] Safee Sali 'ok' Perlis United ke Liga Super, janji penuhi syarat
Faisal Halim berharap agar kesefahaman antara rakan sepasukan ditingkatkan menjelang saingan Liga M. — Facebook/Selangorfc
BACA LAGI: Ada RM25 juta ke Liga Super, tapi ada yang persoal sumber penaja Perlis United
Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim, menyifatkan mereka perlu meningkatkan lagi persefahaman antara mereka lebih-lebih lagi ramai pemain baharu masih menyesuaikan diri dengan keadaan di Malaysia.
"Kita bukan nak tengok jaringan, kita nak tengok kita punya kesefahaman sebagai satu team.
"Sebab kita baru digabungkan untuk tahun ini, ramai import baru, jadi kita perlukan lebih masa dan lebihkan kesefahaman lagi," katanya di saluran YouTube.
Kemenangan ini merupakan langkah positif bagi pasukan kendalian Nidzam Jamil dalam persiapan menghadapi cabaran yang lebih besar pada musim baru Liga Super musim 2024/25 yang bakal bermula pada bulan Mei ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram