[VIDEO] Jangan terburu-buru masuk universiti, pensyarah saran lepasan SPM belajar dulu 'survival skill'


  • Massa
  • Sabtu, 09 Mac 2024

Pelajar lepasan SPM yang disarankan untuk mengambil kursus pendek untuk belajar kemahiran di Kolej Komuniti. — Gambar hiasan

MEMBUAT keputusan selepas tamatnya zaman persekolahan merupakan antara tindakan penting buat semua individu bergelar pelajar.

Kebiasaannya, pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) lebih diberikan pendedahan tentang pilihan kursus di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Namun, sebenarnya, terdapat institusi pendidikan lain disediakan oleh kerajaan yang masih belum sepenuhnya didedahkan kepada para lepasan SPM seperti Kolej Komuniti atau Pendidikan Vokasional dan Teknik (TVET).

BACA LAGI: Memperkasa masyarakat Orang Asli melalui TVET

SMK Tengku Ampuan Rahimah SPM candidates at a classrooml for the SPM first day exsam in Klang yesterday. — KK SHAM/The Star

Pelajar perlu mempersiapkan diri selepas SPM. — Gambar hiasan

Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi di Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

Kolej tersebut dikategorikan sebagai institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran kepada semua peringkat umur.

Ia juga memberi peluang pendidikan kepada lepasan Sekolah Menengah (SMK) sebelum diserap ke pasaran tenaga kerja tempatan atau terus melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi di kolej itu.

Lebih menarik, ilmu kemahiran yang ditawarkan tanpa sedar boleh memanfaatkan penuntut Kolej Komuniti.

Menurut seorang pensyarah menerusi akaun TikToknya @sirladang, dia berpendapat para pelajar lepasan SPM sebaiknya mengambil kursus pendek di kolej berkenaan untuk belajar kemahiran.

BACA LAGI: 'Jangan nilai A sahaja', ibu bapa saran KPM fokus bidang kemahiran, laksana TVET seawal tingkatan 1

Screenshot (437)

Tangkap layar video pensyarah tersebut.

Katanya, ilmu tersebut dapat membantu para pelajar bagi menjana pendapatan pada masa akan datang.

"Kalau ada anak yang baru tamat sekolah, sebelum masuk Institut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), suruh mereka ambil short course di Kolej Komuniti untuk belajar kemahiran yang boleh digunakan bila masuk universiti nanti.

"Sebelum anak masuk IPT, suruh anak pergi kolej komuniti mana-mana belajar gunting rambut. Perempuan nak pergi butik muslimah susah betul tak?

"Kamu ada kemahiran gunting rambut tu. Boleh ambil upah gunting rambut kawan-kawan, ambil RM10 pun boleh buat duit, kan? Anak kena ada survival skill," katanya.

2491345

Ilmu kemahiran yang dikatakan dapat membantu pelajar sebelum melanjutkan pengajian di IPT. — Gambar hiasan

Dia juga menyarankan agar para pelajar menyiapkan diri menimba ilmu kemahiran dengan menggunakan apa jua cara.

"Mak pandai masak, belajar dengan mak. Mak pandai urut, belajar urut dengan mak. Abang pandai gunting rambut, belajar.

"Itulah semua survival skill yang mana waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada jurutera yang jadi tukang masak. Kenapa tukang masak? ‘Saya belajar dari mak saya’," jelasnya.

Perkara itu juga disokong kuat oleh rata-rata warganet serta berkongsi pengalaman yang sama seperti dicadangkan pensyarah itu.

"Saya ambil short course dalam pembuatan kek selama empat bulan. Alhamdulillah, sekarang jadi pendapatan sampingan (side income), masyuk," komen @ariff_marzuki.

"Aku cadangkan depa baru habis belajar masuklah kelas pendek untuk skil. Serupa aku belajar 3D dulu dekat Giatmara Malaysia. Aku dah didedahkan dengan asas animasi 3D.

"Sambung universiti ada subject 3D. Dah kerja ni aku kekalkan skil. Jadi 3D visualizer dah nak masuk enam tahun," tulis @mhdshhrn. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram