[VIDEO] Keluang Man mula 'beraksi' April ini, peminat berpeluang jadi superhero di KidZania


  • Hiburan
  • Sabtu, 02 Mac 2024

Nast-T akan melakonkan watak utama sebagai Borhan dalam filem Keluang Man yang bakal ditayangkan pada 2025.

SEBAGAI orang dewasa yang membesar dengan animasi berjudul Keluang Man, sudah tentu ramai ternanti-nanti jenama kartun tempatan itu disiarkan dalam bentuk filem live-action.

Menyedari harapan besar itu, Astro Shaw bersama Wonda Coffee bergandingan demi merealisasikan harapan peminat untuk menonton filem Keluang Man.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad meluahkan rasa terujanya untuk berkolaborasi dengan Wonda Coffee.

"Usaha sama ini adalah permulaan yang kukuh buat Astro Shaw dalam menetapkan standard baharu bagi rangka pemasaran filem yang lebih inovatif.

"Kami percaya Keluang Man dan Wonda Coffee mempunyai persamaan iaitu mengutamakan elemen lokal dan ia amat dekat dengan masyarakat Malaysia," katanya.

BACA LAGI: Ibu kongsi kisah bayi hampir maut gara-gara air masak, pakar beri sebab sebagai pengajaran

photo1709366066

Sempena filem Keluang Man, Zon Wall Climbing Keluang Man dibuat di KidZania Kuala Lumpur.

BACA LAGI: Ibu panik gigi anak kena cabut 20 batang, ketahui langkah penjagaan mulut dan gusi sejak kecil

Demi memastikan peminat dapat menjiwai watak adiwira itu, majlis pelancaran sempena filem Keluang Man itu turut membuka peluang kepada pengunjung mencuba aktiviti wall climbing bersama hero filem itu, Nas-T.

Pengenalan bahagian Zon Wall Climbing Keluang Man itu dibuat khas sebagai salah satu tarikan utama di KidZania dengan anggaran mampu mencapai pengunjung melebihi 400,000 pada tahun 2024.

Dalam pada itu, Raja Jastina turut meluahkan rasa gembira apabila filem serta watak Keluang Man diberi ruang untuk 'beraksi' di KidZania.

Filem itu diarahkan oleh Anwari Ashraf, pencipta bersama trilogi filem Polis Evo yang juga pengarah siri popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM.

Kini, filem Keluang Man sedang menjalani proses pra-produksi dan dijangka memulakan sesi penggambaran pada April 2024 selain dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 2025.

Keluang Man merupakan siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.

Siri animasi adiwira pertama tanah air ini diilhamkan Allahyarham Kamarudin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail.

Sebelum ini, Nas-T atau nama sebenar Nas Muammar Zar secara rasmi diumumkan bakal melakonkan watak utama sebagai Borhan selepas melalui sesi uji bakat bersama Astro Shaw.

Selain Nas, filem Keluang Man juga akan dibintangi oleh Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor dan Anwaar Beg Moghal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram