Video kena curi, siap 'views' lagi tinggi, ramai beri tip buat Che Nom elak content kena cedok


  • Massa
  • Khamis, 07 Mac 2024

Beberapa video milik Che Nom yang dicuri dan dimuat naik di akaun YouTube pengguna lain. — Facebook

SEORANG pempengaruh media sosial wanita meluahkan rasa kecewa selepas usaha dan titik peluh menghasilkan videonya punah begitu sahaja.

Pempengaruh terkenal dengan nama Che Nom itu tidak dapat menyembunyikan lagi perasaannya dan mendedahkan akaun pengguna lain yang mencuri videonya.

Che Nom yang dikenali dengan penghasil kandungan (content creator) masakan itu sempat meminta beberapa nasihat daripada warga maya untuk menanggani masalah tersebut.

"Penat-penat kita masak, rekod, shooting dan edit macam tu je dia rembat video kita. Tinggi pulak views tu, adoi.

"Kalau tengok macam kes Hidayah Limau Nipis, ada saluran lain nak buat aduan ke macamana?," tulisnya di Facebook.

BACA LAGI : 'Satu dalam sejuta', peniaga cuci tapak niaga di Melaka sampai bersih berkilat patut jadi contoh masyarakat

unnamed

Che Nom terkenal dengan video masakannya yang menyelerakan ramai.

BACA LAGI : 'Ada bahan naik RM320 ke RM700', usahawan baker tersepit hambur luahan

Melihat kepada situasi tersebut, ramai pengikutnya yang memberikan reaksi sama dan berang terhadap tindakan pengguna tidak bertanggungjawab.

Mengulas lanjut, terdapat juga beberapa cadangan disarankan rata-rata warganet untuk mengelakkan videonya terus dicuri.

Pengguna akaun Atinra Ar menyarankan agar Che Nom meletakkan watermark dan letak di video.

"Sebagai contoh 'all copyrights belong to Che Nom. No reproduction of videos in any form or format is allowed' atau boleh buat logo Che Nom di video," cadangnya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menyarankan Che Nom untuk membuat aduan di aplikasi TikTok dan YouTube untuk mengambil tindakan wajar terhadap pencuri video miliknya.

"Boleh buat aduan pada TikTok jika video tersebut di aplikasi itu dan jika di YouTube, boleh buat aduan kepada pihak tersebut," saran Azhar Ahmad.

Selain itu, ada juga saranan agar Che Nom mengambil tindakan undang-undang dengan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau Kementeri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Che Nom, ramai, bagi tip, video, kena curi, watermark, aduan, MCMC,