'Satu dalam sejuta', peniaga cuci tapak niaga di Melaka sampai bersih berkilat patut jadi contoh masyarakat


  • Massa
  • Ahad, 03 Mac 2024

Tindakan peniaga mencuci kawasan perniagaannya di Duyong Bestari Street Food, Melaka menerima pujian ramai. — Facebook/Pak Din's

WALAUPUN hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di tepi jalan, sikap bertanggungjawab para peniaga di Duyong Bestari Street Food, Melaka tidak boleh disangkal lagi.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook Pak Din's pada Ahad, tindakan peniaga menjaga kebersihan tapak niaganya perlu menjadi contoh baik kepada orang ramai.

BACA LAGI : 'Ada bahan naik RM320 ke RM700', usahawan baker tersepit hambur luahan

photo_6280279932911337355_x

Seorang peniaga yang sanggup mencuci kawasan perniagannya dengan bersih. — Facebook/Pak Din's

Menurutnya, tidak semua peniaga yang mampu dan sanggup melakukan perkara tersebut.

"Terharu Pak Din tengok peniaga di Duyong Bestari Street Food. Pakdin cukup bangga dengan sikapnya atas tanggungjawab bagi menjaga kebersihan tapak niaga mereka.

"Mereka membersihkan, mencuci untuk menanggalkan kekotoran minyak yang bertanda," luahnya.

Berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik dalam hantaran itu, kelihatan peniaga terbabit mencuci kawasan tapak sehingga bersih dan tidak meninggalkan sisa sampah.

BACA LAGI : Harga barang kami jual tidak akan naik sebab SST meningkat — Ameer Ali Mydin

c83f04de-5746-4444-ae04-a8dcf8e672af

Tapak jualan kelihatan bersih tanpa sisa sampah. — Facebook/Pak Din's

Bukan itu sahaja, dia juga menyatakan bahawa sikap peniaga tersebut yang tidak mudah melenting perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat.

"Syabas semoga ALLAH melimpahkan rezeki yang mencurah-curah kepada peniaga ini. Tidak melenting, tidak membantah, tidak mementingkan diri dan sukar untuk dicari ibarat satu dalam sejuta dengan sikap yang ada padanya.

"Pak Din boleh katakan peniaga contoh dan wajar diberikan sijil penghargaan kepada peniaga chuross di Duyong Bestari Street Food," kongsinya.

Dalam pada itu, rata-rata warganet turut bersetuju dan memuji tindakan peniaga berkenaan kerana masih mempunyai rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

"Alhamdulillah, semoga menjadi contoh kepada yang lain," komen Norizah Adam.

"Terima kasih, kamu yang terbaik," tulis Mohamad Fadzil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram