Pintu hati tertutup selama 2 tahun, Yazid Izaham hanya perlukan 5 bulan temui wanita kiriman Tuhan


  • Hiburan
  • Sabtu, 10 Feb 2024

Yazid Izaham dedah pernah alami putus cinta sebelum bergelar suami kepada Youtuber, Farisya Othman.

PENYANYI Yazid Izaham mendedahkan pernah menutup pintu hatinya untuk bercinta selama dua tahun sebelum menemui pasangan hidup yang cukup sempurna dimatanya.

"Yazid lebih kepada menyalahkan diri sendiri, terasa macam daripada kita kenal dengan seseorang membuatkan dia berasa sakit hati lebih baik kita menyendiri," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Diam-diam mematikan, ketahui 5 jenis penyakit silent killer boleh terjadi kepada anda

photo1707478833

Yazid Izaham berkahwin dengan wanita pilihan hatinya pada Januari 2024.

Yazid turut menceritakan pengalaman pahitnya dalam percintaan yang menyebabkan dia tidak memikirkan soal jodoh dalam tempoh masa yang sangat lama.

"Benda yang paling menyakitkan adalah apabila kita pernah dihina dan juga pekerjaan kita sama sekali tidak difahami oleh pasangan.

"Sebelum ini saya tak percaya ada orang boleh faham diri saya sampai satu tahap saya dah tak percaya cinta lagi. Sekali temui perempuan yang boleh faham saya," katanya.

Mengakui menemukan wanita yang tepat, terdapat banyak kriteria isterinya yang berjaya menambat hatinya.

"Dia seorang yang memahami kerja saya, profesional, bertanggungjawab dan tidak cemburu berlebihan," katanya.

photo1707479446

Yazid Izaham tidak menyangka mampu temui wanita yang cukup sempurna seperti Farisya Azman.

Lelaki berusia 26 tahun itu melangsungkan pernikahan di Kota Bharu, Kelantan dengan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 kepada pengantin perempuan, Farisya Azman yang juga terkenal sebagai seorang YouTuber.

Ingin mengabdi kisah cinta dalam bentuk lagu, Yazid turut melancarkan lagu berjudul Kirimanmu yang berkisahkan pengalaman hidupnya.

"Lirik lagu ini mengenai jodoh kiriman Tuhan di mana semuanya bahagia, indah dan memahami sahaja.

"Saya boleh kaitkan lagu ini dengan kisah hidup saya sendiri. Kerana percintaan sebelum ini kita tak berfikir akan berakhir macam itu sahaja tetapi Alhamdulillah sekarang ALLAH hadirkan orang yang segalanya cukup," katanya.

Untuk rekod, sebelum ini, Yazid Izaham terkenal dengan lagu-lagunya berjudul Mudahnya Kau Berubah, Segalanya Telah Berakhir, Bukan Jodohku dan Memori Sekuntum Rindu.

Tidak menyangka jodoh sudah ditemui sejak sekain lama, Yazid Izaham dan isterinya pernah sama-sama belajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) namun pada ketika itu hanya berkenalan sebagai rakan biasa.

Cinta mereka berputik sejak saling mendekati antara satu sama lain menerusi laman Instagram.

Mengulas soal pekerjaan, Yazid Izaham mendedahkan kini bekerja secara tetap di salah sebuah bank dalam negara ini selain menjadi penyanyi.

Meskipun sibuk terhadap pekerjaan, Yazid berkata, dia masih bijak membahagikan masanya supaya dapat menyeimbangkan diri di antara dunia pekerjaan dan kehidupan hariannya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram