Dikecam lewat seminggu lepaskan pemain ke kem Harimau Malaya, JDT lantang ikut peraturan FIFA


  • Podium
  • Rabu, 06 Mac 2024

JDT hanya melepaskan pemain menyertai kem skuad kebangsaan pada 15 Mac, seminggu lewat dari tarikh ditetapkan FAM. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

SKUAD kebangsaan bakal memulakan sesi latihan berpusat pada 8 Mac menjelang kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berdepan Oman.

Namun, terdapat dakwaan mengatakan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya melepaskan pemain pada 15 Mac, iaitu seminggu lewat daripada tarikh ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), akan menyusahkan persediaan skuad negara.

Menjawab akan dakwaan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Alistair Edwards menegaskan tindakan itu tidak bercanggah dengan peraturan FIFA.

"Kebanyakan skuad kebangsaan di seluruh dunia hanya memanggil pemain mereka semasa jendela perlawanan yang disediakan oleh FIFA.

"Tetapi, JDT telah bersetuju untuk menggunakan budi bicara kami dalam melepaskan pemain tujuh hari sebelum perlawanan pertama," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI: Patut contohi Afiq Fazail, winger kiri JDT II wajib baiki prestasi yoyo

431004064_974591050703538_7754152455597170793_n (1)

Kenyataan dikeluarkan JDT mengenai tarikh pelepasan pemain ke kem latihan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Skuad kebangsaan bakal berdepan Oman pada 22 Mac di tempat lawan sebelum menerima kunjungan pasukan Asia Barat itu di laman sendiri empat hari kemudian.

Perlawanan itu cukup getir dalam menghidupkan misi negara layak ke Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 dengan mereka kini berada di tangga teratas selepas dua perlawanan.

Keputusan JDT berkenaan menerima respons bercampur baur dengan ada yang menyokong tindakan itu bagi memberi peluang pemain mendapatkan tahap kecergasan terbaik.

"Bagus juga lepaskan awal sedikit. Sudahlah Liga Super belum bermula, sukar pula nanti nak sesuaikan pemain dengan taktikal," kata Harith Jaafar.

"Kalau ikut kalendar FIFA tu nanti lewat sangat, susah pemain nak dapatkan kecergasan semula. Harap yang terbaik buat pasukan negara," tambah Halim Karim.

BACA LAGI: Bojan Hodak naik angin dengan lagak primadona bekas bintang import JDT

National football head coach Kim Pan-gon during the training session for the 2022 Mitsubishi Electric AFF Cup at Wisma FAM. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Pan-gon memanggil anak-anak buahnya ke kem latihan bermula 8 Mac ini.

Bagaimanapun, masih ada yang berpendapat JDT perlu melepaskan pemain lebih awal kerana masing-masing perlu berlatih bersama rakan sepasukan lain.

"Disebabkan JDT memiliki hampir kesemua pemain kebangsaan, memang patut mereka lepaskan lebih awal. Jika tidak dilepaskan awal, sukar pula bagi pemain lain," kata Yooowth.

"Dah selalu isu ni berulang, nanti susah nak dapatkan keserasian dalam skuad kebangsaan. Ini harapnya dapat dielakkan pada masa depan," kongsi Hisham Al.

Skuad Harimau Selatan kini sedang giat menjalankan aksi pramusim sebelum bertolak ke Portugal untuk mengadakan sesi latihan berpusat dan perlawanan persahabatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram