SATU masa dulu, Johor Darul Ta'zim (JDT) pernah mempunyai pemain import dari Argetina iaitu Jorge Pereyra Diaz.
Penyerang itu dianggap sebagai pemain yang cukup berkualiti serta mempunyai penyudah yang tajam di depan pintu gol.
Namun begitu, Diaz terdapat satu kelemahan iaitu egonya sendiri. Ego dan lagaknya seperti primadona sebenarnya pernah menyusahkan JDT serta menjadi punca kenapa kariernya di Malaysia berakhir dengan nota negatif.
Pada 2015, pengendali JDT ketika itu iaitu Bojan Hodak pernah membidas perangai primadona Diaz yang menganggap dirinya lebih besar daripada kelab.
Menyedari akan menyertai kelab baharu pada April tahun tersebut, Diaz mula buat perangai hinggakan ia menyusahkan kelab dan memalukan mereka.
Diaz (kiri) merupakan penyerang yang bagus tetapi mempunyai masalah sikap. — Agensi
"Diaz selalu mengadu mengenai kecederaan. Kami percaya dia tidak sudah tidak mahu bermain untuk kelab ini lagi.
"Dia rasa dirinya terlalu besar untuk kelab ini. Adakalanya, pemain berlagak seperti primadona apabila mereka mencapai satu-satu kejayaan. Ada yang cakap dia ada kualiti untuk bermain untuk Barcelona," katanya ketika itu.
Apa yang menyebabkan kemarahan Hodak adalah Diaz pulang ke Malaysia ketika pra-musim dalam keadaan tidak cergas selepas bercuti di Argentina.
Diaz akhirnya berpindah ke Independiente sebelum kembali semula ke JDT. Dia kemudiannya dipinjamkan ke satu lagi kelab di Mexico iaitu Lanus sebelum dilepaskan JDT pada 2018.
Pejam celik melangkah ke hari ini, kedua-dua Hodak dan Diaz tidak lagi bersama-sama Harimau Selatan dengan pengendali dari Croatia itu kini berkhidmat di Indonesia bersama Persib Bandung.
Sementara Diaz beraksi di India bersama-sama Mumbai City dan mencipta nama dalam saingan liga negara tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram