Patut contohi Afiq Fazail, winger kiri JDT II wajib baiki prestasi yoyo


  • Podium
  • Ahad, 03 Mac 2024

Afiq (kanan) dan Umar (kiri) merupakan produk skuad Piala Belia Johor. — Facebook/JDT

JOHOR Darul Takzim (JDT) tidak meninggi dengan gelaran juara 'double quadruple' apabila sedang giat melakukan sesi latihan pra musim sebelum saingan Liga Malaysia secara rasminya membuka tirai pada Mei ini.

Menerusi perkembangan rasmi media sosial, kem Harimau Selatan bukan hanya memfokuskan latihan pra musim untuk skuad utama kerana kelibat pemain-pemain dari JDT II juga dilihat di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, Johor Bahru, Johor.

Pemain dari skuad Piala MFL seperti Fergus Tierney, Daryl Sham, Adam Farhan, Aysar Hadi dan Umar Hakeem diberikan peluang untuk merasai sendiri pengalaman berlatih di bawah seliaan Hector Bidoglio.

Dalam kalangan pemain JDT II yang mendapat kesempatan berlatih bersama-sama skuad utama tersebut, fokus segelintir penyokong Harimau Selatan terarah kepada penyerang sayap kiri, Umar Hakeem.

Sebagai produk Piala Belia Johor, pemain berusia 21 tahun itu diharap dapat mengikut jejak langkah seniornya, Afiq Fazail yang sudah lama menjadi pemain utama juara bertahan Liga Super itu.

"Dua produk Piala Belia Johor. Umar Hakeem (21 tahun), penyerang sayap kiri kelahiran Batu Pahat sedang berusaha untuk menembusi skuad utama manakala Afiq (29 tahun) sudah menjadi pemain utama JDT sejak 2017," kata laman penyokong, Empayar Darul Takzim - EDT.

BACA LAGI: Tidak kelihatan di padang latihan JDT, Syafiq Ahmad sibuk main bola dengan tonggak Kedah

UMAR

Umar (kiri) ketika beraksi bersama JDT pada musim 2021. — Facebook/JDT

BACA LAGI: Lepas Akhyar Rashid, giliran abang pula berpisah dengan JDT demi kembali ke Kedah

Sejak menyertai JDT pada musim 2019, Umar masih belum melakukan debut bersama pasukan utama dan dia juga hanya tampil dalam 11 perlawanan Piala MFL 2023, selain tidak merekodkan apa-apa jaringan ataupun hantaran bantuan.

Penyokong menyifatkan bahawa prestasinya yang diibaratkan yoyo berpotensi menjadi punca bekas pemain skuad B-18 tahun negara itu masih sukar untuk memikat barisan kejurulatihan skuad utama Harimau Selatan.

"Umar ini kat JDT II prestasi dia yoyo. Kejap ok kejap tak. Dia kena perbaiki speed basic football," kata penyokong JDT, Wan Zam.

"Nak sangat tengok dia main dengan skuad utama," tambah penyokong Harimau Selatan, Nobita.

"Umar kena usaha lebih untuk jadi pemain utama JDT," bagi penyokong JDT, Mohd Nizam.

Selain berperanan membantu bahagian serangan sebagai sayap kiri, Umar juga banyak diberi tanggungjawab untuk beraksi sebagai pemain tengah. Malah, rekodnya bersama Harimau Muda juga bermain sebagai arkitek. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram