Tak mustahil kerja biasa jadi jutawan masa bersara, lelaki ini kongsi 4 tips simpan RM1 juta KWSP waktu umur 45 tahun


  • Massa
  • Selasa, 05 Mac 2024

Sebanyak 97 peratus pencarum KWSP berusia 55 tahun dan ke bawah tidak mempunyai paras simpanan ideal RM60,000 untuk bersara. — Gambar hiasan

PADA Januari tahun lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam laporannya memaklumkan bahawa untuk bersara, seseorang individu secara asasnya memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM600,000.

Menurutnya, nilai tersebut adalah jumlah yang ideal untuk bersara dengan selesa di bandar pada umur 55 tahun.

Anggaran tersebut juga menjelaskan bahawa simpanan berkenaan membolehkan seseorang individu menampung kehidupan untuk tempoh 20 tahun selepas bersara dengan pendapatan bulanan kira-kira RM2,500.

Namun begitu, bagi kebanyakan pencarum, jumlah tersebut disifatkan adalah sesuatu yang seakan-akan cukup sukar untuk dicapai.

Ini kerana kebanyakan daripada mereka dilaporkan mempunyai simpanan yang jauh daripada mencukupi.

Perkara ini disahkan sendiri KWSP menerusi laporan sama yang menyatakan bahawa 97 peratus pencarum KWSP berusia 55 tahun dan ke bawah tidak mempunyai paras simpanan ideal tersebut.

Data semasa turut menyaksikan hanya sebilangan kecil iaitu 2.6 peratus atau 350,000 pencarum daripada 13.1 juta pencarum berusia 55 tahun dan ke bawah mencapai paras kecukupan simpanan atau paras ideal itu.

BACA LAGI: Bukan boros dan tak pandai urus duit, penulis kewangan perjelas punca simpanan KWSP Melayu rendah

Malaysia's politician Anwar Ibrahim speaks during an interview with Reuters in Petaling Jaya, Malaysia, February 6, 2020. REUTERS/Lim Huey Teng

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Situasi itu sekiranya dibiarkan berlarutan bakal memberikan tekanan terhadap rakyat Malaysia yang pastinya bimbang mengenai kemampuan mereka untuk menampung keperluan persaraan mereka.

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook, Nur Fadhli Bassar berkata , bukanlah sesuatu mustahil bagi seseorang yang mempunyai pekerjaan biasa mencapai simpanan KWSP yang mencukupi untuk bersara.

Malah jelasnya, berdasarkan pengalamannya sendiri , seseorang individu juga mampu untuk mencapai jumlah jauh lebih besar daripada nilai tersebut.

Menurutnya, keyakinan bersandarkan kepada kejayaan kenalannya yang juga seorang ketua keluarga yang mampu mencapai kedudukan kewangan kukuh menerusi simpanan KWSP meskipun belum mencecah usia persaraan.

"Sesungguhnya ada simpanan RM1 juta dalam KWSP untuk orang biasa itu benar.

"Tengok ni, penyata milik seorang ketua keluarga dalam 'circle' aku, umur 45, kerja bidang teknologi maklumat (IT) di Kuala Lumpur," katanya yang turut berkongsikan tangkap layar penyata KWSP di hantaran tersebut.

Menurutnya, berdasarkan perkongsian yang dibuat, kenalannya itu juga mempunyai perkembangan karier yang normal dan serupa seperti orang kebanyakan.

"Dia pergi balik kerja naik motor saja pasal tak nak sangkut dalam trafik jam. Grad umur 23 terus kerja dan macam orang lain juga ada keluarkan duit dari Akaun 2 untuk beli rumah," ujarnya.

Mengulas mengenai bagaimana individu terbabit mampu mengumpulkan sejuta di dalam KWSP, Nur Fadhli Bassar, terdapat lima tips yang dikongsikan oleh individu terbabit kepadanya.

BACA LAGI: Senarai calon dikenal pasti, pengganti CEO KWSP akan diumumkan dalam masa terdekat — PM Anwar

MONTAGUE, NJ - MARCH 12: Josephine Yaroz, 90, sits in her dining room after receiving a

KWSP dalam laporannya memaklumkan bahawa untuk bersara, seseorang individu secara asasnya memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM600,000. — Gambar hiasan

Ujarnya, langkah tersebut boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja sekiranya mereka berdisplin dan menyimpan secara berterusan.

Tips pertama menurutnya, seseorang individu perlu mempunyai pekerjaan yang stabil dengan gaji mencukupi.

"Kedua, kena mencarum dalam KWSP. Dia carum 11 peratus kemudian naikkan ke 12 peratus dan 13 peratus. Majikan dia pun mencarum juga. Berapa peratus bahagian majikan dia bagi, aku tak tau.

"Ketiga, dia tak sentuh duit KWSP jika tak perlu. Tengok masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu berapa ramai terkesan. Dia steady, maka aku beranggapan dia ada simpanan kecemasan yang cukup.

"Keempat, dia tingkatkan caruman dengan cara tinggikan gaji dengan cara job hopping (boleh minta gaji lebih tinggi daripada majikan baru). Dia dah tukar majikan 8 kali," jelasnya.

Kelima, perkongsian tersebut memaklumkan bahawa seseorang individu perlu membayar zakat daripada sebahagian pendapatan yang diperoleh bagi mendapatkan keberkatan di samping melakukan sedekah jariah.

Menurutnya, dengan jumlah simpanan sedemikian, dia percayai bahawa seseorang individu mampu bersara dengan kedudukan kewangan yang selesa.

"KWSP bagi dividen 5.4 peratus untuk 2023, jadi nanti dia dapat RM54,154. Kalau dia dah pencen, maknanya tahun ni dia boleh belanja RM4,512 sebulan hasil daripada duit dividen sahaja.

"Duit pokok sejuta tu tak payah usik pun. Tenang je hidup. Ini baru umur 45, kalau dia pencen umur 60, boleh cecah lebih dua juta dalam KWSP dia, ada harapan merasa pencen 10,000 sebulan dan duit pokok dua juta tu tak luak langsung.

"Jutawan senyap macam ni ramai tapi mereka humble dan low profile. Kita ambil semangat mereka. Kalau belum mula lagi, malam ni pasang niat dan mimpi dulu, esok jalankan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram