
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.50 peratus untuk Simpanan Konvensional dengan jumlah pembayaran sebanyak RM50.3 bilion dan 5.40 peratus untuk Simpanan Shariah dengan jumlah pembayaran sebanyak RM7.5 bilion.
Pengumuman itu sekali gus menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan untuk tahun 2023 sebanyak RM57.8 bilion.
Pada masa sama, kadar itu juga lebih tinggi berbanding 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus untuk Simpanan Shariah bagi 2022.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn dilaporkan berkata, setakat 31 Disember 2023, KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan kasar lebih rendah sebanyak RM66.99 bilion.
"Jumlah itu meningkat 29 peratus berbanding RM51.91 bilion pada 2022 dan jumlah itu adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun berkenaan.
"Jumlah ini selepas mengambil kira turun naik kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun berkenaan," katanya pada Ahad.
BACA LAGI: Bakal diumum April ini, apa lagi kena tahu pasal Akaun 3 KWSP
BACA LAGI: Bukan boros dan tak pandai urus duit, penulis kewangan perjelas punca simpanan KWSP Melayu rendah
Dalam pada itu beliau memaklumkan, sejumlah RM5.72 bilion daripada jumlah pendapatan pelaburan dijana daripada keuntungan 'mark-to market' (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan.
Menurutnya, jumlah itu tidak akan menjadi sebahagian daripada pengagihan dividen.
Tambahnya lagi, aset pelaburan KWSP turut mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak RM1,135.82 bilion, meningkat 13 peratus berbanding RM1,002.67 bilion pada 2022.
"Peningkatan ini merangkumi pendapatan yang dijana daripada portfolio dan jumlah caruman diterima pada 2023 berjumlah RM97.56 bilion, naik 15 peratus berbanding RM84.78 bilion pada 2022," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram