Bakal diumum April ini, apa lagi kena tahu pasal Akaun 3 KWSP


  • Massa
  • Jumaat, 01 Mac 2024

Cadangan memperkenalkan Akaun 3 itu adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

KERAJAAN baru-baru ini memaklumkan, inisiatif Akaun 3 yang merangkumi mekanisme dan kelonggaran pengeluaran kepada pencarum dijangka diumumkan pada April ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Khamis di Parlimen memaklumkan bahawa mekanisme mengenai Akaun 3 itu akan diperjelas kepada pencarum selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan agihan dividen pada Ahad ini.

Pengeluaran akaun tersebut menjadi antara berita yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia bagi membantu meringankan beban ekonomi mereka.

Buat yang kurang memahami tentang inisiatif Akaun 3 yang diumumkan menerusi Belanjawan 2024 lalu, Majoriti kongsikan beberapa maklumat penting yang boleh diteliti.

KWSP sebelum ini memaklumkan tentang pembukaan Akaun 3 bagi membolehkan ahlinya mengakses akaun berkenaan pada bila-bila masa.

Ia diperkenalkan atas permintaan orang ramai yang kebanyakannya masih menghadapi masalah kewangan ekoran pandemik Covid-19 walaupun kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran khas KWSP antara tahun 2020 hingga 2022 melibatkan RM147 bilion.

Turut dikenali sebagai Akaun Fleksibel, kewujudannya dilihat selari dengan situasi penuaan dan landskap kerja yang berkembang ke arah tidak formal di Malaysia.

Bagaimanapun ia hanya boleh dikeluarkan pada waktu kecemasan sahaja, dengan peratusan tertentu.

BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk trauma dengar bunyi 'klepak', wanita maut dipercayai ditolak kekasih dari tingkat 23 kondominium di Setia Alam

kwsp2

Mekanisme mengenai Akaun 3 akan diperjelas kepada pencarum selepas KWSP mengumumkan agihan dividen pada Ahad ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Perlahan-lahan rebah, wanita maut ketika latihan senamrobik kempen pilihan raya

Pembukaan itu juga selepas mengambil kira desakan demi desakan yang dibuat rakyat agar dilaksanakan pengeluaran khas sekali lagi.

Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

Tujuan KWSP mewujudkan Akaun 3 perlu memberi pertimbangan dengan isu aliran tunai bersama isu krisis persaraan.

Setakat ini, seramai sembilan peratus ahli difahamkan tidak mempunyai apa-apa simpanan pada umur 55 tahun.

Angka tersebut meningkat ke sekitar 25 peratus apabila ahli KWSP mencapai usia 75 tahun.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Amir Hamzah Azizan

Penelitian sedang dijalankan dari sudut kaedah mengenai akaun tersebut agar tidak terlalu menjejaskan pendapatan pencarum.

Inisiatif berkenaan diambil sebagai membuktikan kerajaan Madani mendengar keluh-kesah hati rakyat.

Untuk ahli semasa, kaedah pengeluaran pada umur persaraan tetap mengikut kaedah yang sedia ada, pengeluaran berkala hanya terpakai untuk yang memilih secara sukarela.

Bagaimanapun, cadangan pengeluaran mandatori bulan sahaja yang lahir pada atau selepas tahun 2010.

Kebanyakan negara lain telah beralih kepada mekanisme sebegini. Segelintir negara yang masih mengamalkan pengeluaran penuh turut mempunyai skim umpama pencen pada peringkat nasional.

Akaun 3 akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

Keperluan kecemasan

Cadangan memperkenalkan Akaun 3 adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

Selain itu, ia juga bertujuan menarik minat individu dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein dilaporkan berkata, walaupun Akaun 3 adalah untuk menangani isu aliran tunai dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.

Jelas beliau, mereka yang mendaftar akan dapat memindahkan simpanan daripada Akaun 1 atau 2 ke Akaun 3.

"Memandangkan Akaun 3 akan bertindak sebagai dana kecemasan, ia mungkin akan menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dua akaun lain.

"Oleh itu, KWSP merancang memperuntukkan caruman antara tiga peratus hingga lima peratus bagi pencarum Akaun 3 yang akan dikreditkan secara automatik," ujarnya.

Buat masa ini, caruman 70 peratus dana dimasukkan ke Akaun 1 manakala baki 30 peratus ke Akaun 2 KWSP.

Untuk rekod, rakyat Malaysia seawal berusia 14 tahun boleh membuka akaun KWSP. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram