TINDAKAN Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid meluahkan rasa kesal dengan tindakan individu tertentu yang menghalau warga asing sambil merakam video pada sidang Parlimen baru-baru ini menerima kecaman masyarakat.
Pada sidang tersebut, Syerleena mendakwa terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab bertindak membuat serbuan ke atas premis-premis perniagaan milik bukan warga negara.
"Individu tersebut akan membuat rakaman video supaya ia tular di media sosial.
"Pada masa sama, ada pihak yang akan menganggap individu berkenaan sebagai 'hero masyarakat'," katanya.
Tambah Syerleena yang juga merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) mendakwa tindakan individu tersebut sebenarnya mewujudkan kebencian dan xenofobia.
Tambahnya lagi, perbuatan individu tersebut sebenarnya mencerminkan imej yang buruk kepada negara dan masyarakat.
BACA LAGI : Malaysia jangan terlalu bergantung harap kemasukan pelancong China untuk jana ekonomi
Susulan daripada itu, ada dalam kalangan pengguna media sosial mempertikaikan tindakan Syerleena yang seolah-olah lebih memperjuangkan nasib warga asing berbanding rakyat sendiri.
"Ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan. Apa sudah jadi dengan pemimpin kita, sepatutnya perjuangkan hak rakyat bukan warga asing," kata Taufiq Rahman.
Sitimaryam2631 pula mempersoalkan tindakan Syerleena yang sering kali membela nasib warga asing.
"Ini bukan kali pertama dia (Syerleena) pertahankan nasib PATI-PATI di Malaysia.
"Apa motif dia sebenarnya?" tulisnya.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid. — Facebook
Sementara itu, Syed Hasan pula meminta agar Ahli Parlimen Bukit Bendera turun padang melihat kawasan yang dipenuhi warga asing.
"Mohon yang berhormat turun padang dan melihat sendiri tempat warga asing.
"Saya cadangkan kalau dia merujuk kepada Ustaz Sofian, boleh ikut sekali pergi 'melawat'.
"Realitinya, kita perlukan lebih banyak orang berani seperti Ustaz Sofian untuk menghalau warga asing," katanya.
Untuk rekod, Ustaz Sofian merupakan seorang aktivis yang aktif membongkar kegiatan warga asing di seluruh negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram