[VIDEO] Tak sempat 'check-in', lelaki bawa bini orang keluar pergi motel melecur kena bakar warga emas


  • Benua
  • Khamis, 29 Feb 2024

Tangkap layar seorang lelaki dibakar hidup-hidup selepas keluar dengan isteri orang. — Agensi

PADAH keluar dengan isteri orang, seorang lelaki maut selepas bertarung nyawa beberapa hari di hospital setelah dibakar oleh suami wanita tersebut.

Memetik laporan media antarabangsa, kejadian itu berlaku di Hoang Mai dekat Hanoi, Vietnam pada 22 Februari lalu dan mangsa yang tidak didedahkan namanya meninggal lima hari kemudian.

Bercakap kepada media tempatan, jurucakap polis Hanoi berkata, cemburu dipercayai motif suspek, Hoan tergamak menyimbah minyak petrol sebelum membakar mangsa hidup-hidup.

"Difahamkan, sebelum kejadian, suspek, 65 tahun terserempak dengan mangsa dan isterinya sedang berjalan berdua menuju ke sebuah motel di Linh Duong.

"Hoan kemudiannya memanggil mangsa sebelum mangsa melarikan diri dari tempat tersebut.

"Bengang dengan tindakan mangsa, warga emas tersebut terus membeli minyak petrol untuk membalas dendam," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Bahana langgar lampu isyarat, 2 penunggang motosikal melambung di Kelantan

BACA LAGI: [VIDEO] Habis depan belakang remuk, wanita panik tertekan pedal minyak langgar kereta lain di Klang

Tambahnya lagi, suspek menemui mangsa sedang minum arak di sebuah premis kedai.

"Suspek kemudiannya menyimbah petrol tersebut dan membakar mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian," tambahnya.

"Bengang dengan tindakan mangsa, warga emas tersebut terus membeli minyak petrol untuk membalas dendam," katanya.

Tambahnya lagi, suspek menemui mangsa sedang minum arak di sebuah premis kedai.

"Suspek kemudiannya menyimbah petrol tersebut dan membakar mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian," tambahnya.

Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Melalui video tersebut kelihatan mangsa terbakar dan api itu turut merebak ke sebahagian kedai berkenaan.

Mangsa cuba diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital berdekatan.

Namun ekoran kecederaan serius yang dialaminya, mangsa meninggal ketika mendapatkan rawatan.

Menurut doktor yang bertugas, mangsa melecur 98 peratus di seluruh badan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram