[VIDEO] 'Jangan sibuk-sibuk kami nak buat apa', samseng Rohingya bengang, Abg Sophian gempur Pasar Borong Selayang


  • Tular
  • Selasa, 28 Feb 2023

Tangkap layar seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan Mohd Sophian menyerbu Pasar Borong Selayang, Selangor baru-baru ini.

SIAPA yang tidak kenal dengan individu dikenali sebagai Mohd Sophian Mohd Zain selepas aksinya menyerbu beberapa tapak perniagaan warga asing di sekitar kawasan Pasar Borong Selayang, Selangor, tular baru-baru ini.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Abg Sophian merupakan Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang yang cukup lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap penguatkuasaan peniaga warga asing di situ.

Ini kerana, Mohd Sophian mendakwa pihak berkuasa seolah-olah tidak mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang didakwa menjalankan operasi perniagaan tanpa lesen.

Namun begitu, tindakan tegasnya itu mengundang rasa kurang senang segelintir etnik Rohingya yang berada di Malaysia.

Terbaharu, tular satu video memaparkan seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan kelantangan dan cara Mohd Sophian membuat teguran.

Video tersebut pada mulanya tular di aplikasi TikTok dan dipercayai dimuat naik sendiri oleh individu berkenaan.

Walaupun ia sudah dipadamkan, video tersebut dimuat naik semula di halaman Twitter Isu Semasa Viral.

Melalui video tersebut, lelaki berkenaan meminta Mohd Sophian untuk tidak masuk campur dalam urusan warga asing.

"Ustaz (Mohd Sophian) hanya orang tempatan, orang Malaysia dan kami warga asing.

"Jadi kalau boleh ustaz, jangan keterlaluan sibuk dengan hal-hal orang pendatang asing ini.

"Kami pendatang asing ini akan berurusan terus dengan pihak kerajaan. Pihak polis dan imigresen yang uruskan, bukan ustaz.

"Ustaz salah ustaz. Ustaz jangan begitu, jangan terlampau, jangan keterlaluan dan jangan melebih-lebih," katanya dalam video tersebut.

Individu berkenaan juga mengakui mereka terpaksa lari ke Malaysia kerana 'kampung halaman' mereka mengalami masalah.

"Kami terpaksa datang kes sini dan bukan sebab kami suka di sini.

"Kami di sini hanya cari makan makan. Kami ada kaki dan tangan serta tidak mahu menyusahkan penduduk tempatan," katanya lagi.

Dalam video tersebut lelaki berkenaan turut berkongsi tangkap layar akaun TikTok PEJUANG NEGARA.

Difahamkan akaun Tiktok berkenaan merupakan medium utama yang digunakan untuk memuat naik video Mohd Sophian menyerbu kawasan warga asing berniaga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan individu berkenaan.

Seorang pengguna Twitter, @skarn_83 mengharapkan individu berkenaan dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

"Duduk negara orang kena sentiasa tunduk jangan mendongak. Ini berlagak macam tuan punya tanah.

"Memang patut kena tangkap, rekodkan detail (maklumat) dan halau dari negara," ciapnya.

@nabilaadii turut meluahkan perasaan geram apabila melihat video tersebut.

"Duduk negara orang, buat cara menumpang. Jangan berlagak tempat sini awak punya. Jaga attitude orang sini. Orang tak marah kalau awak tak buat perangai," tulisnya.

Sementara itu, @ReYo_Isss mengharapkan kerajaan agar menghantar pulang kesemua pelarian Rohingya kerana ada antara mereka yang sudah berkeluarga di negara ini.

"Rumah aku 50 meter dari Pasar Selayang dan anak- anak mereka (etnik Rohingya) ada yang dah bersekolah.

"Aku rasa dah boleh hantar balik ke negara asal mereka secara berperingkat," katanya.

Sebelum ini, Majoriti turut melaporkan seorang individu etnik Rohingya meminta hak sama rata dengan rakyat tempatan kerana mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara.

Individu berkenaan turut menuntut kawasan Selayang untuk diberikan kepada mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram