[VIDEO] Wanita bertarung nyawa diseret 150 meter cuba selamatkan motosikal pelanggan daripada dicuri


  • Benua
  • Khamis, 29 Feb 2024

Tangkap layar seorang wanita diseret sejauh 150 meter ketika cuba mengejar pencuri yang melarikan sebuah motosikal milik pelanggannya baru-baru ini. — Agensi

SEORANG wanita masih bernyawa walaupun diseret sejauh 150 meter ketika cuba mengejar pencuri yang melarikan sebuah motosikal milik pelanggannya baru-baru ini.

Memetik laporan media antarabangsa, kejadian itu berlaku di Bekasi, wilayah Jawa Barat, Indonesia.

Mangsa yang dikenali sebagai Indah Agustiani, merupakan pekerja di sebuah sekolah memandu. Ketika kejadian, dia dikatakan cuba mendapatkan semula motosikal milik pelanggannya, Murniasih.

Ketua Polis Cikarang Barat, Komisioner Polis Gurnald Patiran berkata, Murniasih ketika itu mahu belajar memandu kereta bersama guru sekolah memandu berkenaan iaitu Indah.

'Mangsa kemudian melihat seorang lelaki melarikan motosikal Murniasih, menyebabkan dia mengejar suspek sambil menjerit ‘pencuri’.

“Sambil berlari, Indah memegang bahagian belakang motosikal, menyebabkan dia akhirnya terseret,” katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat 'check-in', lelaki bawa bini orang keluar pergi motel melecur kena bakar warga emas

BACA LAGI: [VIDEO] Bahana langgar lampu isyarat, 2 penunggang motosikal melambung di Kelantan

Dalam kejadian itu, Indah mengalami kecederaan di beberapa bahagian badannya dan dirawat di pusat perubatan setempat.

Tambah Gurnald, polis telah mengenal pasti identiti suspek dan kami sedang memburu suspek.

Pada masa sama, pihak polis juga sedang cuba mengesan motosikal milik Murniasih.

Video kejadian turut tular di media sosial memaparkan Indah diseret oleh suspek. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram