SEORANG lelaki kritikal akibat terkena renjatan selepas cuba mencuri kabel dalam sebuah longkang di kawasan kejiranan El Cortes dekat Pereira, Columbia pada Khamis.
Mangsa yang tidak didedahkan namanya diselamatkan oleh petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat tempatan sejurus menerima laporan daripada orang awam.
Mangsa mengalami kecederaan parah dan melecur 90 peratus di seluruh badan.
Kejadian itu turut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan menjadi bualan ramai.
BACA LAGI: Bahana mabuk, isteri maut dibakar suami di Sabah
Dalam video tular tersebut, kelihatan mangsa berada di dalam longkang tersebut berada dalam keadaan kesakitan.
Seluruh badan dan baju mangsa juga dilihat mempunyai kesan terbakar akibat terkena renjatan elektrik.
Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan lanjut menggunakan ambulans sejurus diselamatkan.
Menurut kenyataan rasmi Jabatan Bomba Pereira, masih tidak diketahui sama ada mangsa akan terselamat daripada kecederaan parah yang dialami semasa kejadian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram