[VIDEO] Pesawat komersial dinaiki menteri Thailand gempar 'power bank' meletup hingga cetus kebakaran


  • Benua
  • Isnin, 26 Feb 2024

Keadaan kabin dipenuhi asap susulan sebuah 'power bank' tiba-tiba terbakar dalam pesawat komersial Thailand.

PENERBANGAN sebuah pesawat komersial, Thai AirAsia yang sedang dalam perjalanan dari Bangkok ke Nakhon Si Thammarat, Thailand pada Sabtu lalu bertukar cemas selepas sebuah alat pengecas mudah alih meletup sehingga mencetuskan kebakaran di dalam kabin.

Menerusi rakaman video tular dikongsikan di media sosial, ruangan penumpang pesawat terbabit turut dilihat dipenuhi asap akibat kejadian tersebut.

Dilaporkan, situasi berkenaan memaksa penumpang bersama kru kapal untuk bersama-sama memadamkan kebakaran yang dilaporkan berlaku selama dua kira-kira dua minit.

Kejadian letupan melibatkan alat pengecas mudah alih itu difahamkan berlaku kira-kira 30 minit selepas pesawat berkenaan berlepas pada pukul 7.20 pagi.

Dalam pada itu, laporan media kemudiannya menyatakan salah seorang daripada 186 penumpang pesawat terbabit merupakan seorang menteri Thailand iaitu Pimphattra Wichaikul yang memegang portfolio selaku Menteri Perindustrian.

Ekoran daripada insiden berkenaan, Pimphattra meminta agar syarikat penerbangan supaya meningkatkan pemeriksaan keselamatan mereka lebih-lebih lagi melibatkan pengendalian alat elektronik tersebut.

BACA LAGI: Ramai lagi seperti gigolo Janda Baik, pelajar wanita IPTA turut didakwa cari makan di platform X

BACA LAGI: [VIDEO] Padah tunjuk aurat ketika 'live', remaja pengsan dikerjakan bapa

“Saya ingin menyeru syarikat penerbangan dan pegawai lapangan terbang untuk memeriksa 'power bank' yang dibawa penumpang.

"Alatan tersebut mesti mempunyai standard Piawaian Perindustrian (TIS) untuk memastikan ia kalis haba," katanya seperti dilaporkan Thaiger.

Siasatan berhubung insiden berkenaan dilapor sedang dilakukan Kementerian Pengajian Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi negara tersebut.

Penerbangan berkenaan dilaporkan mendarat di lapangan terbang Nakhon Si Thammarat seperti yang dijadualkan dengan kesemua penumpang berada dalam keadaan selamat.

Laporan Bangkok Post memaklumkan bahawa siasatan awal turut mendapat terdapat berlakunya mendapati kesan kebakaran pada tempat duduk berhampiran tempat kejadian.

Peranti itu dipercayai merupakan milik sebuah keluarga terdiri daripada tujuh hingga lapan orang ahli yang sedang dalam perjalanan untuk bercuti.

Difahamkan, alat berkenaan yang disimpan di dalam poket tempat duduk kerusi penumpang terbabit tiba-tiba meletup sebelum terbakar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram