Konflik dengan kekasih, warga emas maut akibat melecur lepas 2 kenderaan hangus di Bercham


  • 112
  • Jumaat, 01 Mac 2024

Kedua-dua mangsa ditemukan terbaring di tepi kenderaan dengan kesan melecur hampir keseluruhan badan.  — Bomba Perak

SEORANG lelaki warga emas yang melecur dalam kebakaran dua kenderaan dipercayai selepas bertengkar dengan teman wanitanya di Taman Utama, Bercham, Perak pada Rabu lalu disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilaporkan berkata, mangsa berusia 64 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada pukul 6.52 petang Khamis.

Sementara itu, mangsa wanita berusia 57 tahun yang mempunyai kesan lecur 70 peratus masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama dan belum sedarkan diri.

Menurutnya, polis sehingga kini sudah merakam percakapan empat saksi berhubung kes terbabit yang terdiri dari dua jiran wanita itu selain dua anak perempuannya sendiri, dan kini masih menunggu untuk wanita itu kembali sedar bagi keterangannya diambil.

“Wanita itu belum sedar dan masih dirawat di ICU namun keadaannya stabil. Bila dia sedar nanti kita akan dapatkan rakaman percakapannya pula, selain dari empat saksi itu,” katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Driver bas hisap rokok sambil isi minyak boleh dijel 3 tahun — Polis Perak

624ed5d1d54e0

Kebakaran itu melibatkan sebuah kenderaan jenis MPV dan sebuah motosikal Taman Utama, Bercham, Perak pada Rabu lepas.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu H no plat '2 angka' hati kering lawan arus, kaw-kaw kena kejar polis Johor

Kata Mohd Yusri lagi, sampel daripada kereta kepunyaan anak wanita itu dan motosikal yang terbakar sudah diambil oleh pihak Forensik IPK Perak.

Dalam pada itu, laporan daripada Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dijangka akan diperoleh dalam tempoh terdekat turut diperlukan bagi menentukan arah tuju siasatan kes.

Sebelum ini, polis dilaporkan menyiasat kes itu sebagai kes cubaan membunuh yang disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK).

Seorang saksi dipercayai mendengar pertengkaran antara kedua-dua mangsa yang melecur berkenaan sebelum kejadian kebakaran itu berlaku.

Sementara itu, ditanya sama ada kes disiasat mengikut Seksyen 302 KK susulan kematian mangsa lelaki dalam kes ini, Mohd Yusri bagaimanapun berkata, kes itu sehingga kini masih disiasat mengikut Seksyen 307 KK. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram