JDT pernah 'meluat' keputusan FAM sanggup tangguh game demi Pahang


  • Podium
  • Sabtu, 02 Mac 2024

Antara aksi perlawanan Pahang menentang JDT pada pusingan kedua Piala FA 2015. — Agensi

PERANG psikologi dalam bola sepak sentiasa digunakan untuk menambah rencah bagi menghangatkan lagi suasana pertemuan paling dinantikan penyokong terutama apabila ia membabitkan perlawanan antara dua pasukan terkuat liga.

Menyoroti semula perang psikologi yang pernah mewarnai Liga Malaysia, pasti penyokong domestik masih mengingati momen ketika menjelang perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Pahang FA menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 2015.

Memetik laporan media tempatan pada 2015, Pahang didakwa mendapat layanan istimewa apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan permintaan mereka untuk menangguhkan perlawanan, sehari daripada jadual yang sepatutnya.

Permintaan tersebut dibuat selepas menitikberatkan faktor keletihan dan tempoh perjalanan yang dilalui para pemain Tok Gajah dari Myanmar bagi perlawanan Piala AFC pada waktu berkenaan.

BACA LAGI: Lepas Akhyar Rashid, giliran abang pula berpisah dengan JDT demi kembali ke Kedah

jdt kLh

JDT ketika itu dibimbing oleh Bojan Hodak. — Agensi

BACA LAGI: Dua kali tewas jumpa JDT, tapi BG Pathum masih kelab terbaik Asean

Penangguhan perlawanan kedua itu ternyata menjengkelkan JDT, yang juga sebelumnya meminta untuk meneruskan perlawanan menentang Selangor namun dinafikan oleh badan kebangsaan itu.

Pada ketika itu, FAM menegaskan tidak perlu menjadualkan semula kerana skuad Harimau Selatan masih mempunyai dua hari penuh untuk rehat sebelum perlawanan Piala AFC mereka di Stadium Larkin.

JDT kemudian mengeluarkan gambar pemain Pahang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) lebih awal daripadanya yang dijadualkan dan kapten Pahang, Razman Roslan juga terlibat dalam peperangan psikologi itu menerusi media sosialnya.

"Balik Kuantan. Siapa yang nak lawan perlawanan persahabatan dengan kami, sebab kita tak penat pun," katanya menerusi laman Instagram.

Pada aksi berkenaan menyaksikan Pahang mara ke pusingan ketiga Piala FA selepas menewaskan Harimau Selatan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat tempoh permainan 90 minit dan perlawanan masa tambahan juga menemui jalan buntu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram