[VIDEO] Gara-gara berlagak tunjuk bom, 6 cedera dalam kejohanan sambo


  • Podium
  • Jumaat, 01 Mac 2024

Tangkap layar rakaman video tersebut memaparkan detik-detik insiden tersebut berlaku. — Agensi

ENAM cedera selepas bom lempar (grenad) secara tiba-tiba meletup dalam satu pertandingan sambo di Melitopol, Ukraine pada Jumaat lalu.

Media tempatan melaporkan, insiden itu berpunca daripada tindakan salah seorang askar yang hadir didakwa menunjuk-nunjuk bom lempar berkenaan kepada kanak-kanak yang hadir di kejohanan tersebut.

Menurut jurucakap Ketua Pentadbiran Tentera Wilayah Zaporizhzhia Ukraine, Ivan Fedorov, pihaknya menerima laporan daripada penduduk tempatan berlakunya letupan semasa pertandingan sukan di Kemudahan Sukan No. 3 Melitopol.

BACA LAGI: Ketiadaan KL City FC, KDA FC buat Liga M hambar, rencat perancangan bola sepak

BACA LAGI: Terkejut besar keputusan Tan Cheng Hoe, 3 calon termasuk Park Hang-seo dalam radar Selangor

"Kesemua mangsa yang terlibat dikeluarkan daripada premis tersebut sejurus kejadian itu berlaku.

"Bagi mengelakkan perkara buruk berlaku, sepasukan polis dan anggota kesihatan serta sebuah ambulans dikerahkan ke tempat kejadian," katanya lagi.

Bagaimanapun, kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram