INDUSTRI bola sepak Malaysia digemparkan dengan berita kurang menyenangkan apabila pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut.
Khabarnya, Cheng Hoe dan Selangor memilih untuk berpisah kerana bekas pengendali skuad kebangsaan itu dilihat tidak begitu senang dengan keputusan pengurusan Gergasi Merah berkaitan perpindahan pemain.
Beberapa perpindahan pemain yang dilakukan oleh Selangor dilihat bukanlah pilihan sebenar Cheng Hoe dan kerana itu, dia berasakan sudah tiba masanya untuk meninggalkan kelab Gergasi Merah.
Cheng Hoe yang sebelum ini dikhabarkan bakal berkelana ke Thailand nyata benar selepas satu perkongsian yang didedahkan oleh wartawan tempatan, Zulhelmi Zainal Azam di laman X.
BACA LAGI: Tetap buat kerja walau turun pangkat, KL City sign 2 pemain skuad Jang
Cheng Hoe sah sertai kelab Liga 1 Thailand, Police Tero FC. — Instagram/policetero_fc
BACA LAGI: Nasib Kedah, KL dalam Liga Super makin kelam, 2 kelab Lembah Klang disebut bakal naik pangkat
Difahamkan, bekas pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC itu menandatangani kontrak bersama kelab di Liga Thai 1, Police Tero FC.
"Tan Cheng Hoe baru tiba di Thailand untuk menandatangani kontraknya sebagai jurulatih baru kelab Thai League 1, difahamkan Police Tero FC. Official announcement soon!," ciapnya.
Ketika ini, kelab yang berpangkalan di Thailand itu dibimbing oleh legenda Thailand, Worrawoot Srimaka selaku pengendali sementara.
Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong tanah air seperti dapat 'menghidu' perancangan masa depan bekas pengendali Gergasi Merah itu.
"Sawadikap...masuk kot pintu, keluar ikut tingkap," kata @Ejai Jamil.
"Selamat datang ke tempat persinggahan," kata @adibsyqi.
"Welcome to transit FC," kata @raziqrashids.
Antara kejayaan yang dicapai oleh Cheng Hoe bersama pasukan Selangor FC sejak September 2022 ialah menjadi Naib Juara Piala Malaysia 2022 dan tempat kedua Liga Super Malaysia 2023.
Ia sekali gus memastikan Selangor FC layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) bagi musim 2024/2025. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram