Terkejut besar keputusan Tan Cheng Hoe, 3 calon termasuk Park Hang-seo dalam radar Selangor


  • Podium
  • Khamis, 29 Feb 2024

Cheng Hoe melebarkan sayapnya ke Liga Thailand selepas membawa skuad Gergasi Merah muncul naib juara Liga Super musim lalu. — Facebook/Selangor FC

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, memaklumkan pihaknya kini sedang meneliti beberapa calon ketua jurulatih Red Giants selepas Tan Cheng Hoe mengambil keputusan untuk membawa haluan berbeza, lapor Stadium Astro.

Johan mengesahkan pengumuman rasmi mengenai individu yang akan mengisi jawatan kerusi panas di kem Gergasi Merah itu akan diketahui sebelum sepak mula Liga Malaysia (Liga-M), Mei depan.

"Kelab terkejut dengan permintaan Tan Cheng Hoe untuk tinggalkan pasukan bagi menyahut cabaran baharu di Thailand.

"Dalam masa sama kami menghormati keputusannya. Kami tidak mahu pada saat akhir, kami sedang meneliti calon yang sudah dikenal pasti," katanya.

BACA LAGI: 'Sawadikap... masuk kot pintu, keluaq kot tingkap', Cheng Hoe sah sertai Police Tero

Park Hang Seo

Nama bekas Ketua Jurulatih skuad senior Vietnam, Park Hang-seo antara yang dipetik menggantikan Cheng Hoe mengemudi Selangor.

BACA LAGI: Tetap buat kerja walau turun pangkat, KL City sign 2 pemain skuad Jang

Pada Rabu, Selangor dan Cheng Hoe umum berpisah selepas mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak yang berkuat kuasa serta-merta.

Johan tidak menolak kemungkinan untuk memberikan mandat penuh kepada pemangku Ketua Jurulatih Selangor ketika ini, Nidzam Jamil, bagi mengemudi pasukan musim 2024/2025.

"Nidzam juga salah seorang calon utama kerana mempunyai pengalamannya bersama pasukan utama Selangor FC sejak tiga tahun lalu di bawah tiga jurulatih berbeza.

"Kami percaya Nidzam mempunyai pengetahuan yang baik, budaya, hala tuju dan kekuatan sedia ada Selangor FC," katanya lagi.

Meskipun begitu, meninjau ruangan komen di media sosial, rata-rata penyokong Gergasi Merah mula memetik beberapa calon jurulatih dari luar negara untuk mengisi kekosongan tersebut.

Difahamkan, tiga calon jurulatih luar negara yang kini dalam radar Selangor termasuklah bekas jurulatih Vietnam dari Korea Selatan, Park Heng-seo bagi menggantikan Cheng Hoe.

"Park Hang-seo tengah free agent, bolehlah kalau nak ambil dia ganti Cheng Hoe," kata Azmin.

"Mungkin boleh usha Alexandre Polking, mana tahu pihak pengurusan boleh mempertimbangkan, memang padu dekat Thailand," kata Khairul Azrin.

"Elok lagi kalau Selangor lantik Peter Segrt, pernah bawa Tajikistan menang Pestabola Merdeka musim lalu" kata fansSelangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram