Ketiadaan KL City FC, KDA FC buat Liga M hambar, rencat perancangan bola sepak


  • Podium
  • Khamis, 29 Feb 2024

Isu kewangan skuad Sang Kenari antara faktor utama pasukan itu bakal diturunkan pangkat ke Liga M3. — Facebook/KDA FC

DUA kem Liga Super bertiup kencang apabila terdapat khabar angin mengatakan pasukan tersebut bakal disingkir dari saingan Liga Malaysia (Liga M) berikutan masalah kewangan yang kini hangat diperkatakan oleh peminat.

Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC merupakan dua kelab yang dipetik menghadapi isu tunggakan gaji tersebut.

Sekiranya kedua-dua pasukan tersebut gagal menyelesaikan isu tersebut, berkemungkinan besar akan diturunkan pangkat beraksi di Liga M3.

BACA LAGI: Terkejut besar keputusan Tan Cheng Hoe, 3 calon termasuk Park Hang-seo dalam radar Selangor

KL City FC Piala Malaysia

Meskipun bergelar juara Piala Malaysia 2021, KL City dijangka bakal menghiasi saingan Liga M3. — Facebook

BACA LAGI: 'Sawadikap... masuk kot pintu, keluaq kot tingkap', Cheng Hoe sah sertai Police Tero

Dalam pada itu, Asmawi Bakiri berpendapat bahawa kedua-dua pasukan tersebut mempunyai nilai komersil serta tarikan penyokong tersendiri.

Bukan itu sahaja, menurutnya kedua-dua kelab tersebut juga sentiasa hadir dengan elemen kejutan dalam setiap kejohanan yang disertai dan ketiadaan pasukan itu pasti menjejaskan persaingan liga.

"Kalau ditakdirkan dua pasukan antara yang terkuat dalam liga kita tiada, pasti perkara itu akan menjadikan persaingan yang kurang sihat.

Malah, bekas tonggak skuad kebangsaan itu berharap agar kedua-dua pasukan tersebut dapat menyelesaikan isu tunggakan gaji yang dihadapi dengan kadar segera bagi memberi fokus kepada persiapan musim 2024.

"Sudah tentu saya harap kedua-dua pasukan ini tidak terkeluar daripada saingan liga musim ini.

"Sekiranya pasukan yang terkuat itu akan turun pangkat, ia sekali gus akan merencatkan perancangan bola sepak," jelasnya.

Asmawi turut percaya bahawa kestabilan dan kerancakan Liga Malaysia secara tidak langsung akan terus membantu untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram