
SIKAP sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan di kawasan larangan khususnya di Putrajaya mengundang kemarahan ramai.
Ia kerana imej Putrajaya digelar sebagai bandar terancang itu dikatakan sudah mula tercalar dengan masalah tersebut.
Menerusi hantaran dimuat naik di Twitter (X) @SyedAkramin pada Khamis, sikap segelintir penduduk meletakkan kereta di ruang pejalan kaki sememangnya mencemarkan nama baik bandar itu.
BACA LAGI : Isu 'double park' menjadi-jadi, ramai beri idea apa nak buat elak pemilik kenderaan kena sidai
Putrajaya yang digelar sebagai bandar terancang. — The Star
Dalam hantarannya itu, dia juga berkongsi gambar sebuah kenderaan yang diletakkan di ruang tidak sepatutnya di hadapan sebuah premis yang mengganggu laluan orang ramai.
"Putrajaya bandarnya cantik. Ruang pejalan kaki luas dan selesa. Tapi, segelintir penduduk perangai macam rusa masuk kampung," tulisnya.
Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan pemandu kereta tidak menghargai fasiliti yang disediakan di kawasan itu.
BACA LAGI : Proton Saga ada vest polis 'double park' di Ipoh dicari, perakam gambar diminta tampil beri kerjasama
Kawasan larangan yang dijadikan tempat parkir kenderaan. — Twitter/SyedAkramin
Dalam hantaran lain, satu gambar turut dikongsinya dengan lokasi dan waktu yang berbeza.
"Ini gambar waktu siang pula (tempat lain, kawasan yang sama). Bangunan parkir hanya di sebelah saja, tapi ramai pilih parkir di bahu jalan. Parking pula di depan pintu transformer Tenaga Nasional Berhad (TNB), memang kawasan larangan untuk parkir. Ini semua masalah sikap dan mental," luahnya.
Pada masa sama, rata-rata warganet lain juga memberikan reaksi sama serta mencadangkan agar individu berkenaan dikenakan tindakan sewajarnya.
"Parkir bertingkat RM1, parkir tepi jalan 50 sen. Patut kasi parkir bertingkat 50 sen, parkir tepi jalan mahal sikit. Nak bayar parkir kena download aplikasi lain," komen @azyneth.
"Kalau boleh, rasanya dia nak pandu masuk kedai. Jalan selangkah pun tak boleh," tulis @wfr3104.
"Dua perangai orang Putrajaya: 1) kalau boleh nak parkir dalam kedai terus, 2) suka langgar traffic light," tulis @MajidThinks.
Bagaimanapun, ada juga warganet yang menyifatkan dakwaan tersebut berat sebelah.
"Entah-entah bukan orang Putrajaya, datang situ buat parking sesuka hati," kata Cik Embun Comel. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram