Proton Saga ada vest polis 'double park' di Ipoh dicari, perakam gambar diminta tampil beri kerjasama


  • Tular
  • Selasa, 07 Mac 2023

Tangkap layar kenderaan jenis Proton Saga dengan vest polis yang didakwa menghalang lalu lintas di Ipoh, Perak.

POLIS kini sedang menyiasat imej tular kenderaan jenis Proton Saga dengan vest polis yang didakwa menghalang lalu lintas di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo, Ipoh, Perak pada Isnin.

Individu yang merakam gambar tular berkenaan diminta tampil ke balai bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, individu terbabit dikesan bagi membantu polis mengenal pasti pemilik kereta jenis Proton Saga berwarna hitam itu.

“Kejadian dipercayai berlaku di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo.

“Individu yang merakam gambar semasa kejadian diminta agar berhubung terus dengan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintenden Koo Boon Kuat di talian 016-4173222,” katanya dalam kenyataannya pada Selasa.

Terdahulu, perkongsian itu tular di lama Facebook dan mengundang kecaman ramai terhadap polis yang didakwa melakukan perkara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram