[VIDEO] Niat nak balik kerja tak jadi, pengawal keselamatan lunyai lepas kena tayar 'terbang'


  • Benua
  • Ahad, 25 Feb 2024

Tangkap layar kejadian seorang pengawal keselamatan terbaring selepas sebuah tayar trak terpelanting ke arahnya.

SEORANG lelaki mengalami detik getir dalam hidup selepas sebuah tayar bersaiz besar secara tiba-tiba 'terbang' ke arahnya dengan kuat dalam kejadian di Tongling City, Wilayah Anhui, China.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang pengawal keselamatan pada awalnya sedang asyik bersembang bersama dua orang rakannya di hadapan sebuah pintu.

Difahamkan, pada ketika itu, pengawal keselamatan berkenaan mahu pulang dari tempat kerjanya.

BACA LAGI: Bakal nikahi ahli perniagaan, Shakilla Koriri letih kena urus banyak benda

Semasa sedang berjalan keluar dari kawasan berkenaan, secara tiba-tiba kelihatan tayar trak 'terbang' ke arah pengawal keselamatan itu sehingga menyebabkan dia jatuh terbaring.

Selepas itu, tayar berkenaan turut melantun ke arah lain sehingga terkena sebuah kenderaan yang parkir berhampiran kawasan itu.

Turut dilihat, dua orang rakannya cuba membantu mangsa yang tidak sedarkan diri selepas insiden itu berlaku.

Polis tempatan memaklumkan, insiden itu berpunca daripada sebuah trak yang patah gandarnya hingga mengakibatkan tayar itu tercabut dan terpelanting hingga mengakibatkan kecederaan secara tidak sengaja kepada mangsa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram