SEMENJAK kebelakangan ini, semakin hangat pula isu pengguna jalan raya bersikap tidak bertanggungjawab.
Selain menghalang ambulans dan menjadi pembuli jalan, parkir berlapis atau double park menjadi antara masalah berbangkit kebimbangan ramai.
Masalah parkir berlapis sememangnya dilihat kerap berlaku di kawasan perindustrian atau perumahan pangsapuri berpunca daripada kekurangan parkir.
BACA LAGI: Tak puas hati punya pasal, pemandu sanggup rempuh berkali-kali kereta 'double park'
Pemilik kereta jenis Perodua Axia yang tidak dapat keluar sehingga terpaksa menaiki p-hailing. — Twitter
Selaras dengan undang-undang Malaysia, parkir berlapis adalah satu kesalahan seperti termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.
Seperti yang berlaku kepada seorang wanita apabila terpaksa menggunakan perkhidmatan p-hailing kerana kenderaannya dihalang sebuah kereta di hadapan Wisma Hamid Arshad, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Lebih parah apabila pemilik kereta jenis Honda City bertindak memarkir secara double park itu tidak dapat dihubungi walaupun sudah meninggalkan nombor telefonnya.
Dakwanya, panggilan yang dilakukan sebanyak 80 kali itu bagaimanapun tidak dijawab sebelum mengambil keputusan beredar menaiki p-hailing.
Ketika kejadian, wanita tersebut dikatakan mempunyai urusan kecemasan untuk ke hospital serta sempat meninggalkan sekeping nota di atas cermin kereta terbabit.
Tulisan nota itu juga dapat dilihat terisi dengan luahan amarahnya kerana tidak menjawab panggilan wanita tersebut.
"Terima kasih sebab tinggalkan nombor telefon, tapi call 80 kali tak jawab-jawab. Terima kasih ya! Awak memang terbaik!," tulisnya.
Susulan kejadian itu, rata-rata netizen meluahkan rasa berang serta tidak lupa memberi pelbagai cadangan kepada orang ramai jika berada di situasi berkenaan.
Menggunakan khidmat tunda kereta untuk kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang. — Gambar hiasan
Antara cadangan yang disarankan adalah dengan menggunakan khidmat tunda kereta jika berdepan dengan pemandu tidak bertanggungjawab.
Berdasarkan pengalaman dikongsikan oleh pengguna Twitter (X) @YuriJenn ketika mengalami perkara sama.
"Pernah dapat yang macam ini, call tak angkat-angkat, akhirnya saya panggil sahaja penunda kereta tu untuk selesaikan.
"Nak bocorkan tayar tapi terfikir nanti makin lama pula dia di belakang kereta. Jadi no bocor-bocor tayar, hubungi sahaja tunda kereta," tulisnya.
Menghubungi pihak berkuasa jika berdepan dengan situasi tersebut. — Gambar hiasan
Bukan sekadar itu, ada juga yang menyarankan agar menghubungi pihak berkuasa seperti polis, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau majlis perbandaran.
"Kita boleh hubungi bandar raya (majlis perbandaran) kalau kes double park. Jadi mereka datang terus tunda kereta itu. Pemilik kereta pula kena pergi balai kalau nak dapat balik kereta," kongsi @txhyungvi.
"Kena bagi penguatkuasaan tunda kereta supaya mereka tarik mana-mana kereta yang tak ikut undang-undang. Mereka nak ambil balik kereta kena bayar caj dan saman," cadang @azman_lajen. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram